Dah sebulan maid balik kampung....dan dah sebulan jugak aku mengambil alih tugas maid yang bertindak merangkap tukang masak, nurse, dan segala urusan rumah....Kalau baca status ni cam kerja biasa je tetapi hakikatnya hanya aku aje yang tau...Aku tahu bahawa Allah tidak menguji di luar kemampuan hambanya....itu menjadikan kekuatan aku.....Tugas selama maid tiada ni..bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi....kalau nak cerita cam membuka pekung di dada...biar la ianya disimpan dalam hati ....semoga aku terus tabah dan diberi kekuatan olehNya...

Dah hampir 2 bulan aku dah tinggalkan sekolah namun keriangan di sekolah tetap terbayang....masih terkenangkan murid-murid kelas 2 Bestari . Bagaimanakah perkembangan mereka dalam akademik.Walaupun hanya 4 bulan sempat aku mengajar mereka namun telah nampak perkembangan peningkatan dalam subjek Bahasa Malaysia.
Ni la pengalaman aku mengajar murid2 tahap 1..Mula2 memang pening namun, keseronokan mula terasa apabila murid yang kurang tahu dah mula mengambil tahu dalam banyak perkara seperti disiplin, belajar, dan tanggungjawab...tapi nak mengubah manusia bukan mengambil masa yang singkap....kerjasama ibu bapa amat penting..justeru itu, aku akan menghubungi ibu bapa mereka bagi membantu aku memastikan kerja rumah yang diberi disiapkan...
Walaupun sebelum ini no hfon adalah untuk peribadi, namun untuk mencapai matlamat yang aku inginkan aku perlu memberi no hfon aku kepada ibu bapa...Alhamdulillah aku memang mendapat kerjasama daripada ibu bapa...memang hebat ibu bapa mereka ini.
Bila difikirkan semula..memang seronok mengajar murid tahap 1 ni walaupun memeningkan kepala...amat puas hati..namun semua itu tinggal kenangan kerana aku mempunyai impian untuk dicapai...moga dengan ilmu dapat membuka minda dan semangat mereka untuk berjaya......

Dah lama tak update blog disebabkan tiada kesempatan masa selepas balik dari China dan berada di sekolah baru ini....ditambah dengan keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan mood untuk menulis pun kurang...

Setelah berakhirnya sukan tahunan sekolah...harap-harap tiada lagi aktiviti yang sibuk di sekolah...Daripada persediaan menyediakan pakaian untuk perbarisan hinggakan persiapan khemah rumah sukan semuanya guru-guru yang siapkan.....satu minggu balik lewat hingga petang membuat persiapan.

Walaupun baru sebulan berada di sekolah baru....Alhamdullillah telah dapat laksanakan tugasan membangunkan bilik sumber PPDa.....biar la bilik tu kecil tapi puas hari dengan maklumat yang disediakan dapat memberi maklumat dan pendidikan terhadap penyalahgunaan dadah kepada semua warga SKDP. Namun tanpa sokongan dan kerjasama pentadbir,  guru-guru PPDa yang berdedikasi dan bermotivasi  tidak mungkin bilik itu dapat disempurnakan dengan cepat...Terima kasih kepada GB, GPK HEM (pn Rashidah Hanim) dan GPK1 yang memberi sokongan dalam proses penyediaan bahan dan yang penting kepada setiausaha PPDa Kak Zabidah, Azizah dan Juliana yang tak lokek masa dan tenaga untuk menjayakan projek ini.  Puas hati apabila ilmu yang ada dapat disebarkan kepada semua dalam program pencegahan dadah di sekolah untuk menjadikan sekolah bebas dadah. cuma yang belum siap ialah mural antidadah di sepanjang blok bangunan.

Minggu depan pulak persiapan ulangkaji untuk PKSR1 ....so akan banyak la latihan praujian untuk melatih murid menjawab soalan dan ulangkaji topik2 lepas.....Oleh itu tiada sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi memberi penekanan terhadap ujian yang bakal dihadapi murid-murid....

Begini la kesibukan dunia perguruan masa kini....walaupun pengumuman terhadap kenaikan pangkat guru...hanya gimik untuk segelintir guru yang terlibat...Kadang-kala tugas guru tidak hanya berhenti setakat di sekolah....malahan dibawa ke rumah hingga ke hujung minggu. Fenomena ini tiada kesudahan menjadikan bebanan guru semakin bertambah di samping mengejar gelaran sekolah cemerlang 'akademik'.Apapun beban yang dipikul itulah sebenar2nya tugas guru hari ini. /Lebih banyak memberi daripada menerima.....kerana kita adalah Guru Pembina Negara Bangsa. 

Dikesempatan ini  apa yang dapat dikata...Aku bangga menjadi guru...walaupun penuh onak dan diri, asam garam kehidupan yang dilalui dalam dunia pendidikan menjadikan kita lebih melihat kebajikan orang lain daripada diri sendiri.

SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang pernah menaburkan bakti dan jasa yang tidak dapat terbalas...terutamanya guru-guruku yang pernah mengajar aku sejak dari sekolah rendah antaranya:
Cikgu Hanim, Cikgu Yang, Cikgu Khatijah, Ustzh Shamsiah, dan Cikgu Shamugam
Sekolah Menengah: Pn. Lim. Mrs Yeow. Pn Nair, Mr Pooi, Pn Haliza, Pn Roslina, Pn Naimah, Pn Normadiah, Pn. Norizan, Pn Nyonya, Ustzh Normah, Ustzh Salbiah, Dr. Mariani, Ms Lam, Pn Moorty, Pn Normah, Pn Roaini dan Pn Zuraimah

Tidak lupa juga buat mentorku Alllahyarhamah Roselina Yusoff yang pernah menjadi pendorong aku untuk terus berjaya.

Jasa kalian sentiasa dalam ingatan dan menjadi panduan hidup tidak akan dilupa sepanjang hayat...moga hidup kalian sentiasa diberkati dan rahmati Allah selalu.

Alhamdulillah setelah selesai pembentangan kajian kes di USIM, kumpulan SPADA 2009/2010 berangkat ke Beijing pada 31 Mac 2010 menaiki penerbangan MAS mengambil masa lebih kurang 6 jam. Rombongan kami diketuai oleh Dr Rushdan (dekan FKP) dan Prof Madya Dr. Saedah Ghani.

Pengalaman pertama tiba di Beijing dengan cuaca yang sejuk di bawah suhu 10 darjah jam 7 pagi amat tidak selesa di tambah dengan penat dan mengantuk.  Penginapan di Hotel Star Moon bertaraf 4 bintang mmg selesa.

Pada petangnya kami dibawa melawat ke Kedutaan Malaysia dan mendapat sedikit taklimat dan seterusnya berpeluang meninjau dan membeli-belah di Sunny Market. Di situ ramai peminta sedekah yang menggunakan anak2 kecil untuk menagih simpati. Harga barang kat pasar tu jugak boleh tahan tapi aku tak dapat barang yang hendak kucari.

Ingatkan waktu malam hendak bersiar-siar namun apakan daya.....mata dah mengantuk dan tido dengan harapan malam esok akan dapat berjalan-jalan.

Dari Allah kita Datang ....kepada Dia juga kita kembali.....apa yang ada hanya pinjaman...syukurilah nikmat yang diberikanNya..sesungguhnya kita adalah hamba bertuah dan sentiasa diberkati Allah ...moga hidup kita sentiasa dirahmati dan dilindungiNya..Amin..

Aku kembali menulis blog setelah sekian lama menyepi akibat tugasan harian dan assignment yang perlu diselesaikan. Hari ini aku menziarahi jiran aku yang telah kembali kerahmatullah...Moga Allah tempatkannya bersama-sama orang-orang yang beriman. ...kiranya arwah yang meninggal tu lebih kurang sebaya dengan mak aku tapi arwah telah lama mengidap penyakit kencing manis...setiap hari akan 'cucuk' insulin. Melihat kematian amat memberi keinsafan kepada aku apabila salah seorang bekas jirannya dengan nada sedih menyatakan 'anak-anak arwah tak sayangkannya..setiap minggu tiada anaknya yang menjenguknya ...setiap kali dia datang ke rumah arwah membawa makanan, hanya seorang sahaja anak arwah yang ada, yang lain tak pernah ada'......sampaikan arwah rindu sgt nak bertemu cucu2nya' ....itu kata bekas jirannya...kita tak tahu apa situasi sebenarnya yang berlaku....

Apa yang aku tahu...mmg arwah bersama suaminya (pak cik 'S') yang sangat setia...setiap pagi suaminya akan membeli makanan di hadapan rumahku sebagai sarapan pagi...kadang2 aku lihat pakcik 'S' akan membawa arwah berjalan menaiki kereta....hinggakan balik ke Melaka....pak cik 'S' akan memandu sendirian....Pak cik 'S' kekadang ada juga bercerita ttg anak2nya...tetapi aku sekadar mendengar je luahan hatinya....kerana aku juga seorang anak yang menjaga kedua ibu bapaku......Kecekalan pakcik 'S' yang tabah, setia, sabar, penyayang patut dicontohi

Sebagai anak, kadang2 kita lupa peranan kita....walaupun kita berada  di puncak kejayaan dan mempunyai keluarga bahagia ...kita lupa untuk membahagiakan ibu bapa kita......kita lupa bertanyakan khabar mereka....kita mudah merajuk walaupun usia telah meningkat dewasa......jarang bertanya apa yang mereka ingini.....dan tak tau apa yang mereka fikirkan......jarang nak menemani mereka bercerita atau meluahkan rasa...

Apa yang aku luahkan ini ialah daripada apa yang aku lihat antara diri ibu bapaku dengan arwah dan suaminya.....sungguh banyak perbezaannya....dari segi kediaman, kunjungan, dan bantuan.....aku rasa ibu bapaku  sangat bertuah....Didikan kedua ibu bapaku mendewasakan kami....Itu hanya pandangan aku sebagai anak...Apa pula pandangan ibu bapa aku terhadap kami adik-beradik....namun aku berharap dan berdoa agar Allah terus memberkati hidupku dan diberi kekuatan agar aku dapat berbakti kepada kedua ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Amin....

19 Jan 2010 bermula Internship III yang merupakan pengalaman baru aku dengan situasi yang berbeza dengan sekolah...Di sekolah aku berhadapan dengan anak-anak/murid-murid dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun yang pelbagai ragam dalam proses perkembangan. Walaupun penat tetapi menyeronokkan dengan pelbagai telatah murid2 ....kekadang aku rindu sangat situasi sebegitu....Aku amat tegas di sekolah tetapi bagi murid-muridku aku adalah seorang guru yang garang.....tu persepsi mereka...tapi niatku adalah untuk mendidik dan mengajar....kerana tanpa disiplin sukar kejayaan untuk dicipta.....
Tapi situasi dalam Internship berbeza sama sekali dalam berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah penagihan dan mempunyai pelbagai latar kehidupan......masalah mereka hanya orang yang mendampingi mereka yang mengetahui keadaan sebenarnya.......
Namun sebenarnya suatu kehidupan bermakna apabila suatu pengisian yang diisi dengan aspek agama, nilai, budaya dan pembentukan keperibadian supaya manusia dapat membuat penilaian  antara buruk dan baik...semuanya bermula dari rumah....di mana kehidupan bermula......

Hari ini exam Dwi Diagnosis dan Kaunseling Relaps....rasa cam leh jawab tapi tak tau la... lengkap axis tadi ke tak....esok lagi beban..exam Pencegahan Relaps....baca pun tak ingat2 ni......harap semuanya berjalan lancar..

;;