Walaupun sekarang bosan tahap gaban tapi live must go on...bak kata pepatah Indon 'Khalifah lalu anjing mengonggong (menyalak)... tu kata Maid aku...Biarkan Si luncai terjun ngan labu2nya....biarkan..biarkan....Iyekan aje...tak rugi ape.....

Tapi tak semestinya bosan akan hilang mood...teringat pesanan pakar motivasi ...kalau kita bosan ..ubah situasi diri jadi positif..hanya kita je yang leh mengatasinya..So aku cuba ceriakan hidup aku ngan gi Perpustakaan Negara(PNM)..nak pinjam novel..walaupun baru beli 2 novel pada hari Ahad lalu di pesta buku. ...dan baru aku teringat buku tak pulang lagi yang aku pinjam sejak Disember lalu...Dah tentu denda berpuluh ringgit untuk 3 buah buku tu...tetapi nasib aku bertuah hari ini kerana PNM adakan kempen MINGGU PULANG BUKU BEBAS DENDA....bebas la aku daripada membayar denda lewat pulangkan... Alhamdulillah.. kalau tidak terbang duit RM36 bayar denda lewat hantar. Menarik juga kempen yang PNM adakan ..kalau tak krn ada hal petang tadi pasti aku akan duduk lebih lama kat PNM tu...hilang gak tension aku..

Tiada apa yang nak diceritakan cuma nak berkongsi bahan bacaan daripada buku Penghantar Psikologi : Satu Pengenalan Kepada Jiwa dan Tingkah laku Manusia. Buku ini sesuai dibaca oleh pendidik dalam mengenali perubahan dan tingkah laku manusia kerana kita sering bertemu dan berurusan dengan pelbagai golongan manusia yang mempunyai personaliti yang berbeza. Jom kita kongsi bersama .

Personaliti bermaksud corak pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang stabil yang boleh digunakan untuk membezakan seseorg individu dengan individu yang lain. Kecelaruan personaliti ini berlaku apabila trait2 personaliti bertukar menjadi tidak stabil , tidak fleksibel dan salah diadaptasi dan akhirnya individu akan menghadapi tekanan jiwa dan seterusnya menyebabkan masalah fungsian sosial, peribadi dan kerja.

Kecelaruan personaliti ini boleh dibahagikan kepada 4 sub-kelas iaitu :
Pertama:Ciri-ciri Personaliti Pradominan: Ganjil dan Esentrik
1.Kecelaruan Paranoid - ind. memaparkan tingkah laku ganjil spt mengesyaki org lain, tidak mempercayai org , sensitif dan selalu menyalahkan org lain.

2. Kecelaruan personaliti skidzoid - ketidakpusan hati dlm membentuk hbgan emosi yg baik ngan org lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih yg tidak ramai.

3. Kecelaruan Personaliti Skizotipal - menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial, tidak byk mengadakan hbgan peribadi yg bermakna , mengelak diri drp berinteraksi , egosentrik, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .

Banyak punca terjadinya kecelaruan personaliti ini , antaranya :
1. faktor biologikal- genetik, ketidakseimbangan hormon dan pemakanan.
2. Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai.
3. Faktor Psikososial - kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalaman2 ini menyebabkan satu trauma psikologikal yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula.

Faktor kedua hingga keempat kita akan sambung kemudian.

Syukur la dah selesai sukan tahunan sekolah aku.Aku jadi rimas selama lebih 3 minggu ni pnp tidak berjalan ngan sempurna. Banyak kerja GPM aku tertangguh dan moga esok berjalan spt biasa. Kalau difikirkan mmg frust ngan situasi sekolah spt lebih mementingkan sukan. Berdasarkan pengalaman di sekolah lama dulu, pnp mmg diutamakan, so bdk2 ni kurang terlibat ngan akt sukan masa persekolahan. Semuanya dibuat slps waktu persekolahan. Kalau tak, bising la GPK aku tu.

Bab cerita sukan pula, aku dan beberapa orang cikgu rumah merah (Soffi, Win, dan Fiza) mengendalikan persembahan kawad kaki . Walaupun kalah tapi masih leh berbangga dengan komitmen bdk2 rumah merah tu. Kesungguhan dan disiplin membolehkan mereka melakukan terbaik walaupun hanya berlatih selama 3 hari je.

Cakap sal disiplin ini teringat teori perkembangan Umar Al Khattab umur 1 hingga 6 tahap kanak-kanak bermain/keseronokan, umur 7 hingga 13 tahun tahap kanak-kanak meningkatkan disiplin diri dan umur selepas 13 tahun jadikan anak-anak sebagai kawan. So bayangkan kalau kanak-kanak di sekolah rendah boleh mengikuti disiplin dan pemantapan jati diri yang baik maka boleh mengurangkan gejala sosial semasa mereka remaja..

Lihatlah gambar bdk2 umah merah dalam kawad perbarisan.



Bila sebut tang nawaitu...pastikan bila buat sesuatu tu niat kena betul... ni kira pengalaman la...citer sal pekse PTK pagi tadi...niat tak kisah sangat ...bulan 8 ada lagi exam...malam tadi baru 'jenguk'buku ..at least tau apa isi kandungan exam tu...

Nak jadi cerita , bila dapat kertas ...berdebar semacam je...cam baru pertama kali ambik exam...ha.ha.ha..so aku pun kawal emosi supaya tidak panik... akhirnya buat setengah jam aku pun give up nak baca dan kuar dr bilik pekse...jadi malas nak semak balik soalan ...ni la pertama kali dalam hidup , bila masa exam banyak lagi ..dah kuar dari bilik pekse ...semuanya kerana niat...harap jadi panduan dan iktibar kepada semua.

Tahniah buat adik Nik Nur Madihah kerana berjaya memperoleh 19A1 dan satu A2. Lebih membanggakan kerana adik Madihah datang dari keluarga yang susah , bapanya seorang nelayan tetapi mampu berjaya..tanpa kemewahan hidup tapi kebahagian keluarga , kasih sayang keluarga dan pegangan agama yang kukuh mampu membina jiwa dan semangat menghadapi cabaran untuk mengubah hidup dirinya serta keluarga.Tanpa kelengkapan belajar , tanpa bantuan biasiswa kerajaan dan kekurangan wang belanja dan hanya menumpukan kepada pengajaran guru dan amalan puasa sunat mampu mencipta sejarah diri dalam SPM.
Ini juga merupakan salah seorang kejayaan anak Melayu dalam akademik...tapi tak kurang juga kegagalan dan kerosakan anak Melayu yang telah runtuh nilai akhlak dan keagamaan akibat daripada kemewahan hidup dan pengaruh rakan sebaya. Golongan ini bangga melakukan kerosakan dan membuli orang...bab2 akademik diletak jauh dari diri apatah lagi keagamaan .
Diharapkan kejayaan anak Melayu seperti Nor Amalina, Siti Fatimah Mukhtar dan Nik Nur Madihah menjadi model terbaik kepada anak-anak Melayu yang lain untuk mencipta kejayaan. Diharapkan semoga Nur Madihah terus berjaya dan mendapat apa yang diimpikan dan jangan lupakan keluarga dan orang2 yang terdekat setelah berjaya kelak.

Hari ini sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah aku...so guru kelas tahap 2 diminta menyediakan banner untuk perarakan...maka berbagai-bagai usaha guru untuk menghasilkan banner . Ni yang dikatakan guru serba boleh....apa sahaja yang dianjurkan oleh sekolah untuk sesuatu acara , pasti guru-guru berusaha untuk menghasilkan sesuatu agar program berjalan lancar.
Begitu la tugas guru-guru hari ini. Masyarakat mungkin nampak senang sahaja tugas guru. bekerja separuh hari dan petang leh rehat... tapi hakikatnya guru-guru akan buat kerja sampingan bukan sahaja untuk matlamat untuk perkembangan intelek murid tetapi juga melibatkan emosi dan penerapan nilai dan pembentukan sahsiah . Contohnya banner-banner yang dibuat oleh guru kelas menjadi kebanggaan murid apabila murid-murid membawa semasa perarakan...saksikanlah foto-foto kemeriahan sambutan Maulidur Rasul agar generasi hari ini mengingati Rasullullah (s.a.w) , nabi junjungan besar kita.

;;