Doa dan harapan aku semoga ngan kedatangan tahun 2009 Allah akan terus melimpahkan nikmat kesihatan, rezeki, keberkatan dan kekuatan iman dalam menempuh segala kehidupan yang mendatang.,Moga impian aku menjadin kenyataan...Amin..

Dah lama tak gi sekolah...boleh kira berapa kali aku ke sekolah cuti ni walaupun jarak rumah ke sekolah kurang drp 5km...kali terakhir masa aku try guna maxis b/band untuk present ttg Eduwebtv dalam meeting hari ni...tapi tak dapat...so aku terangkan guna p/point je..

Episod baru sekolah akan bermula...harapan tahun baru ni memberi penghijrahan minda buat semua guru supaya kita dapat berfikir 'out of box ' yang dapat menjana minda yang lebih bermakna bukan sahaja untuk diri ttp anak bangsa...bukan memikirkan kepentingan diri semata2....

Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini akan memberi satu penghijrahan buat diri aku...itu la harapan....harap apa yang menjadi impianku akan tercapai...

Pada penghujung cuti juga aku n famili menghabiskan cuti di Ilham PNB , Port Dickson....Nampak la keceriaan ayah dan emak aku yang tak berpeluang berjalan cuti ni akibat kesibukan menguruskan 4 orang anak abg aku yang gi haji.....Walaupun tak banyak aktiviti yang dibuat selain daripada BBQ dan kesempatan anak2 sedara aku mandi swmpool, tapi ni peluang kami adik beradik dan ipar duai bersama2 . Selalunya kalau kat rumah aku , diorang akan balik tido rumah masing2...so banyak la gosip dan cerita2 menarik .

Esok, 30 Dis merupakan satu episod baru dalam sesi persekolahan tahun depan...MEETING ..tak tau apa tugasan aku di sekolah tahun depan...selalunya tak berubah...so tak nampak suatu penghijrahan...kalau aku lah dalam barisan pentadbiran...sebenarnya banyak yang perlu dibuat perubahan di sekolah aku tu.... banyak yang out of dated....keadan zon selesa ni menyebabkan aku juga terikut2 dengan budaya sekolah....ramai cikgu yang berpotential...diketepikan dan buat jadual pun minta tolong orang luar...sampai bila nak merdekakan minda...kata nak minda kelas pertama...kekadang aku frust sebenarnya...banyak la kalau nak cerita..kadang2aku pun tak faham.....tapi apakan daya...aku hanya menurut perintah...malas nak berbicara...kang buka mulut dikatakan berlagak lak....so tunggu je la apa yang dapat esok....tapi cam tak sedap hati je..

mengapa manusia tak boleh menerima realiti kehidupan yang sebenar?...aku rasa kita patut bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita....walaupun setiap manusia mempunyai pandangan masing2 kerana manusia itu diberi akal untuk berfikir tetapi tidak memahami atau sengaja tak memahami realiti sebenarnya....Aku rasa ini berkaitan dengan anxieti yang sebenarnya membentuk personaliti seseorang yang menggabungkan perasaan takut, runsing, bimbang risau, gelisah , khuatir dan pelbagai emosi yang lain. Ini berlaku tanpa sebab2 yang nyata dan sukar diketahui oleh individu berkenaan. Namun bagi mengawal anxieti ego membentuk cara mengawal diri yang dikenali sebagai mekanisme bela diri.

Mungkin individu tak sedar terdapat mekanisme ni....kerana apabila seseorang mengalami anxieti, bermakna sesuatu pengalaman yang berada dalam alam tidak sedar akan wujud dalam bahagian alam sedar dan ego memainkan peranan mengaktivasikan mekanisme ini yang paling sesuai bagi situasi individu tersebut..Keadaan tidak dapat menerima realiti kehidupan sebenarnya boleh kita anggap sebagai mekanisme bela diri pindahgantian (displacement) di mana individu untuk memuaskan sesuatu motif yang tidak dapat dipuaskan dengan cara asal dipuaskan dengan cara lain supaya dapat memuaskan hatinya...

Ntah mengapa aku boleh bercerita tentang mekanisme bela diri ni ..kalau nak bercerita tentang psikologi ni mmg panjang ....tetapi sebagai manusia kita tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kita miliki...so cara hidup sederhana dan menghargai realiti menjadikan kita tenang dan menerima realiti hidup dengan cara kita .....hanya kita yang dapat menentukan kehidupan kita...walaupun kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segala2nya.


Dah lama aku tak gi UM....kelas pun dah abis ..tengah nak abihkan project paper yang tak abis2...ntah la ..aku pun tak tau mana semangat kental aku dulu untuk sambung pengajian hingga Phd....so untuk bina kembali semangat lama tu aku n Indra (kawan baik aku kat UM) gi la ikuti "Conference on Research in Education" anjuran Fakulti Pendidikan UM .. RM100 selama 2 hari (22-23 Dis) ....Terbeliak biji mata dan terbuka luas telinga coz semua pembentangan dalam BI...dah la tu...kebanyakan peserta pelajar PHD....rasa kecik berada dalam kelompok tu. hari pertama aku mengalah juga coz tak sanggup menahan sakit kepala... mendengar pembentangan kajian dan tajuk pun tak berkaitan ngan bidang aku... tapi sesuatu yang baik ...aku mula dapat idea untuk project paper aku..

Hari kedua ..kira ok coz dah bersedia dengar pembentangan kajian... tajuk pun menarik seperti School Based Management, Bogging: An ESL Writing Practice dan Cultural Influences on Creativity . Tadi malu gak aku bila bertembung ngan Prof Dr. Mariani..supervisor project aku....ngaku je ppaper tak siap ...jumpa sem depan... Prof ni sebenarnya bekas cikgu Biologi masa aku form 5...tapi dia kejap je ajar then aku dengar dia gi oversea sambung belajar. Masa tu aku tak serius ngan study ...asyik dengan hoki..state player n cita2 nak main untuk Malaysia .... tu yang lambat sambung belajar ...nyesal2....

Tadi.. bila berada dalam konferen tu...aku membayangkan bila lak aku akan jadi pembentang kajian ...cam Prof Dr. Mariani,Dr Loh, Prof Dr. Noraini, Dr Quek , Dr. Ibrahim., ...eh berangan lak aku...tapi kadang2 angan2 akan menjadi kenyataan ...harap2 gitu la.Tamat konferen pun lewat so tak jadi nak tengok sepupu jauh mak aku kat Tawakal dalam icu...jalan jem giler ...doa dan harapan aku semoga Mak cik Minah cepat pulih seperti biasa. Amin.

Part 1

Nak mengata kan tambah dosa...
nak mengadu ..aku bukan jenis begitu...
nak kesembur ngan kata-kata ..aku dah tak kuasa
nak menangis dah takde air mata..
nak bising2 ...apa lak orang kata...
rasa nak ku tangan aje...biadap rasanya
nak diam ....aku juga yang merana dan terseksa...arrhh

Makan hati ngan karenah bebudak2 dan orang tua..
syukur kesabaran masih ada..
...asyik aku yang kena jaga hati orang ....
bila orang mengata...aku cuba membela...
akhirnya makan hati ...terluka bila orang tak kenang budi...
akhirnya kesabaran aku hilang....dengan kata-kata tak menghargai...
kalau masa boleh berputar kembali...aku takkan ambik tanggungjawab ini....
biarlah apapun berlaku asal hati aku bahagia..

Part 2

Ingin rasanya aku pergi jauh...
lupa segala luka dan lara...

kemelut ni biar pun nampak kecil..
tapi hanya aku yang tau..
betapa aku merasai kesan dalam diri...
sesungguhnya aku insan kerdil...yang serba kekurangan..

Harapan moga keimanan dan kesabaranku tetap utuh...
mungkin segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
hanya Engkau yang maha mengetahui..


Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa seharusnya menginsafkan kita...aku amat simpati dan empati dengan mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh...trauma pasti memberi kesan dalam hidup mereka terutamanya kanak-kanak..
Mungkin gambar2 ni kita dah tengok kat s/khabar tapi melihat sendiri tempat kejadian dapat memberi gambaran yang jelas.
Aku berkesempatan melihat kawasan kejadian kerana kebetulan aku ke rumah Mak Su aku yang berdekatan dengan kawasan tersebut.....Bayangkan rumah yang kukuh dan tersergam indah boleh gelongsor ke tempat lain ....dan sepanjang ke kawasan itu pula kelihatan bonglow2 yang kosong dan halaman rumah penuh lumpur....telah hilang keceriaan yang mereka miliki selama ini......semoga mereka tabah dengan cabaran yang dihadapi.



Semenjak cuti ni aku rasa leh kira bila aku leh rehat cam cuti tahunan... sampaikan kajian akhir aku pun tak berusik....jadi tak bersemangat...tangguh sem lagi gamaknya....duit lagi....ni la akibat kerja yang tak ada perancangan rapi... aku kena azam baru untuk tahun depan rasanya...


Pagi2 dah ke FRIM Kepong coz anak sedara aku buat kajian kat sana...petang lak jemput dia... jadi driver la jadinya..Dah nak 10x rasanya aku ulangalik ke sana sbb tu kajian aku malas nak buka....ni bukan alasan ...stail aku kalau buat keje akan berterusan sampai betul2 puas hati...kalau setakat sejam dua jam malas nak tengok.

Semalam aku ajak anak sedara aku nurul, adam dan muhd gi jemput kakak dia di FRIM.mula2 nak bawak mrk gi Muzium FRIM ...malangnya tgh renovation so tgk ikan je dalam kolam dan bawa mereka kat sungai cetek dalam FRIM .Berpeluang juga merasai kesegaran air sungai yang jernih...kat KL ni susah nak jumpa air sungai yang bersih..warna cam teh susu banyak...




Hari ni lak aktiviti seperti biasa gi FRIM dan pas tu gi breakfast kat Keramat.. Kali bawa anak sedara aku iaitu Nurul dan Nadhirah.......nak ajak dia g pasar Keramat beli keperluan masak rendang coz abang aku akan balik haji malam ni.. So aku beli la ayam, ikan tenggiri, ikan merah , ikan jenahak dan udang. Harga ok la lebih kurang sama je di tempat aku di Kompleks Muhibbah tapi di sana banyak lagi pilihan. So aku beli la lebih untuk keperluan 2 hari rumah abang aku... Takkan la abang aku nak gi pasar lepas balik haji.Biar la dia berehat...so lepas ni tugas aku sebagai penjaga berakhir...lega rasanya...besar tanggungjawab tau pegang amanah orang ni.

Balik dari pasar terus masak asam pedas ikan pari...fuyoo sedapnya coz dah lama tak makan asam pedas dan maid abang aku bantu bersihkan ayam untuk masak rendang ayam. Bab rendang lak aku cuma ambil bahagian awal je ..pas masuk ayam aku pas kat maid...so ada masa nak jenguk blog..sekejap lagi nak balik rumah abang aku lak dan tunggu kepulangan abang dan kakak ipar aku dari Jeddah...

Team Lelaki

Aku bersama Yati Wangsajaya dan K.Mimah bertolak ke Bukit Mertajam kul 10 selepas hantar anak sedara aku di FRIM buat kajian....berapa lama tah kajian dia nak siap... leceh juga MRSM ni....student kena buat kajian mengalahkan budak U....dah la FRIM tu jauh nak dekat 40 km dari umah aku...



Kami tiba di Summit B.Mertajam dalam kul 3 .nasib la Yati ada GPS so tak la susah nak cari.... Tiba je kat sana...terus booking lane nak latih bowling....MasyaAllah tengok lane kat Ampang Bowl tu menyedihkan...papan di lane tu gelembung...kutuk punya kutuk tetiba masa nak mula tu,,,aku tergelincir...aduh...tersalah urat...esoknya bengkak kaki...

Cerita bab pertandingan lak....memang hampeh....lom cukup pengalaman dan kekuatan mental dalam sukan ni...serba tak jadi....padahal semangat mula2 tu memang tinggi ....lebih2 lagi dapat satu team ngan K.Hana n Yati...diorang ni graded bowler...diorang main Liga Bowling kat Ampang Point. He.he..pengalaman menyedihkan ..pas ni kena serius ngan latihan ...at least seminggu sekali ...




Tapi yang happy tu team lelaki KL tahun ni...walaupun adik2 yang main tapi diorang sporting ...beri sokongan bila pasukan wanita main....so meriah la team KL walaupun tak memang... dah tu dapat kawan tuan rumah lak ...Haliza n Yusnita... mmg baik ... malam tu lepas game Haliza belanja C.k.tiaw....Aku, Yati, K.Hana, Agb Man (suami K.Hana), K.Mimah n Yusnita makan c.k.Tiaw B.Mertajam dalam kul 11 malam.....malam ke-2 lak , kami ajak Haliza g makan ....konon nak belanja balik lak...masa tu kul 11.30 malam....so dia ajak member bowling Hisyam temankan sama....kami ke Bandar Baru PERDA ...memang kawasan tu hidup malam2....kawasan Melayu...Jusco kat situ sebesar Pavillion rasanya....tengok kat luar je ....borak2 sampai kul 1.30 pagi...so Haliza n Yusnita la hanta kami balik hotel Summit. Tak dapat nak belanja coz kali ni Yusnita yang bayar....baik sungguh orang Penang layan tetamu...

Baju merah tu Yusnita n Haliza

Semalam bertolak dari Bukit Mertajam kul 12 thari....sampai KL kul 6 ...banyak sangat menyinggah....mula2 nak singgah Sg Merah ...nak beli mangga tapi RnR tu tengah renovation....so aku drive la sampai Tapah.....mata memang ngantuk coz sebelum bertolak Haliza, kawan bowling PP bawa g makan...memang special.... banyak pilihan dari lauk-pauk hingga la ulaman... sebelum tu gi kilang buah pala... banyak juga la aku beli campur ngan pesanan K.Hana.. Tu bila drive rasa ngantuk. Yati Wangsajaya yang duduk sebelah aku dan k.Mimah kat belakang pun tido...so layan diri sendiri hingga Tapah....lega rasanya...pas yu Yati seorang lagi yang drive...penat tak terkata...

Hari ni 11 zulhijjah 1429....tadi aku dah hantar anak2 buah gi Midvalley naik LRT.. Semalam kemeriahan raya Aidiladha tetap sama walaupun hujan turun sepanjang hari rumah aku tetap ada tetamu yang datang....so makanan banyak la...dengan nasi impit, lontong, nasi briyani, rendang, sambal sotong, ayam masak cili , kuah kacang, kuah lodeh ,serunding, puding jagung, kek dan agar-agar pandan...Alhamdulillah semuanya habis dengan adanya anak2 buah aku dan adik-beradik aku....

Daging korban dapat la juga ditambah dengan daging korban bahagian emak aku dan abang aku..so rancang nak buat makaroni....emm dah lama tak makan makaroni.

Bila cerita sal hari raya AidilAdha ni...aku rasa generasi muda hari ni cam dah lupa je...aku risau suatu hari nanti mereka rasa hari raya ni takde makna...hanya gi masjid solat dan lepak kat umah tengok tv..cam anak buah aku yang sorang tu la....dia kata mak dia tak buat makan cam hari raya....ye la mereka akan datang rumah aku ...tengok mak dan ayah aku sambil makan juadah hari raya...

Cerita bab bowling ni....aku tak le mahir sangat...baru2 nak blajar ...baru masuk 2 tahun aku menceburi dalam sukan ni... jatuhan pin pun tak lak mencapai 200 lagi tapi saja suka2 untuk mengisi masa yang terluang di samping mengisi masa boring... kalau nak dikatakan banyak keje mmg la banyak... projek paper aku tah bila nak siap... bila lak kekuatan dan semangat nak tiba....

Minggu2 ni sibuk ngan latihan coz minggu depan ada tournament PSKKP kat Penang..banyak juga le duit nak kuar sal bowling ni.... sekali latihan je berbelas ringgit....ingat nak tukar bola dan beli beg baru.... tak jadi lak mengenangkan jatuhan pin tak mencapai target... so tahun depan kot.

Bila baca paper je tengok berita tentang remaja melayu yang teguk air setan murahan, hisap gam la, merokok la, melepak dan dadah.... cam dah takde keje masa cuti ni.....rasa kecewa dan malu rasanya...cam hilang nilai2 agama pada diri diorang....mudah terpedaya...
Baru2 ni aku gi Low Yat... baiki komputer...lalu depan sungei wang...malu tengok remaja melayu ...rasa2 tingkatan 1-3.....berasap-asap penuh bangga dan yang pompuan sorang tu siap menari2......jadi takut lak aku... aku pun penah jadi remaja kl..... tapi tak la gitu....banyak aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan ..... dalam ati aku berkata....kalau mak bapak diorang tengok ni...apa yang mak bapak diorang rasa atau mak bapak diorang tau tak diorang ni merokok........Ya Allah , jauhkan perkara ni pada anak2 sedara aku dan anak2 murid aku.....
Kekadang tu rasa....disiplin yang ketat tu dapat menghindarkan bebudak ni jadi begini dan masyarakat kena ambik tau.....ni baru nak tegur dah kena belasah....silap2 yang tegur tu mati dibelasah.....cam tu juga kat sekolah...... kebanyakan mak bapak pantang kalau cikgu-cikgi ni marah , denda , atau mengadu anak2 diorang ni perangai buruk ........terus buat aduan kat GB atau dalam surat khabar.......tapi bila tengok mak bapak yang mengadu atau mengamuk tu...bukannya ada pe2 pun saja nak tunjuk dia besar.....kekadang aku senyum sendiri...kita nak pandaikan anak2 mereka supaya dapat bantu mereka masa tua nanti.....tapi tak hargai cikgu......
Umar Al-Khatab pernah berkata walau satu alif tu pun diajar pada kita.....dia juga guru kita....ni cikgu kita yang dah ajar kita beribu2 perkataan ...mana kita nak letakkan mereka....so aku memang amat ingati dan menghargai cikgu2 aku dan ada yang dah jadi pensyarah kat universiti....aku harap aku juga dapat jadi seperti mereka...

;;