Hari ini sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah aku...so guru kelas tahap 2 diminta menyediakan banner untuk perarakan...maka berbagai-bagai usaha guru untuk menghasilkan banner . Ni yang dikatakan guru serba boleh....apa sahaja yang dianjurkan oleh sekolah untuk sesuatu acara , pasti guru-guru berusaha untuk menghasilkan sesuatu agar program berjalan lancar.
Begitu la tugas guru-guru hari ini. Masyarakat mungkin nampak senang sahaja tugas guru. bekerja separuh hari dan petang leh rehat... tapi hakikatnya guru-guru akan buat kerja sampingan bukan sahaja untuk matlamat untuk perkembangan intelek murid tetapi juga melibatkan emosi dan penerapan nilai dan pembentukan sahsiah . Contohnya banner-banner yang dibuat oleh guru kelas menjadi kebanggaan murid apabila murid-murid membawa semasa perarakan...saksikanlah foto-foto kemeriahan sambutan Maulidur Rasul agar generasi hari ini mengingati Rasullullah (s.a.w) , nabi junjungan besar kita.

;;