Tahniah buat WI Bandar Tasik Kesuma kerana berjaya menganjurkan majlis Hi-Tea di Oriental Crystal, Kajang. Memang meriah dengan makanan yang enak dan menarik serta banyak hadiah cabutan bertuah.

Kebiasaan kalau ada jemputan dan peluang, ALUMNI MPPMKL pasti akan menyertai majlis Hi-Tea. Majlis anjuran WI Bandar Tasik Kesuma memang boleh dibanggakan walaupun umur persatuan tersebut baru setahun jagung... bak kata, yang penting...kerjasama. Tanpa sokongan dan kerjasama ajk mana mampu untuk menganjurkan sesuatu majlis. Berbaloi beli tiket dan dapat cabutan bertuah yang tak kurang menarik..

;;