Tahniah buat adik Nik Nur Madihah kerana berjaya memperoleh 19A1 dan satu A2. Lebih membanggakan kerana adik Madihah datang dari keluarga yang susah , bapanya seorang nelayan tetapi mampu berjaya..tanpa kemewahan hidup tapi kebahagian keluarga , kasih sayang keluarga dan pegangan agama yang kukuh mampu membina jiwa dan semangat menghadapi cabaran untuk mengubah hidup dirinya serta keluarga.Tanpa kelengkapan belajar , tanpa bantuan biasiswa kerajaan dan kekurangan wang belanja dan hanya menumpukan kepada pengajaran guru dan amalan puasa sunat mampu mencipta sejarah diri dalam SPM.
Ini juga merupakan salah seorang kejayaan anak Melayu dalam akademik...tapi tak kurang juga kegagalan dan kerosakan anak Melayu yang telah runtuh nilai akhlak dan keagamaan akibat daripada kemewahan hidup dan pengaruh rakan sebaya. Golongan ini bangga melakukan kerosakan dan membuli orang...bab2 akademik diletak jauh dari diri apatah lagi keagamaan .
Diharapkan kejayaan anak Melayu seperti Nor Amalina, Siti Fatimah Mukhtar dan Nik Nur Madihah menjadi model terbaik kepada anak-anak Melayu yang lain untuk mencipta kejayaan. Diharapkan semoga Nur Madihah terus berjaya dan mendapat apa yang diimpikan dan jangan lupakan keluarga dan orang2 yang terdekat setelah berjaya kelak.

;;