Perancangan untuk bercuti dah lama aku rancang... destinasi di negeri Kedah Darul Aman...memandangkan kawan baik aku Jasmin dah berpindah so ingat nak g rumah barunya di Sungai Petani. Lagipun anak buah aku juga bertanding dalam kejohanan bowling MSSM di sana...

Aku pergi hari Sabtu lepas tetapi tak jadi duduk di Sungai Petani coz rumah kakak aku di Cinta Sayang tu dah lama tinggal.. so duduklah di Pokok Sena..ala2 kampung ...tapi mmg aku suka duduk kat pekan kecil ni....tak terlalu mundur dan maju juga tak jem . Di sana aku mengambil kesempatan melihat sekolah yang ada kat situ. Luaran mmg cantik .Nama sekolah di pintu masuk menggunakan tiles dan banyak bangunan baru setaraf dengan bangunan sekolah di bandar-bandar... ini la yang dikatakan transformasi PIPP untuk mengurangkan jurang pendidikan..so kemudahan yang sama seperti sekolah di bandar.


Diri kita tetap diri kita...manusia perlu berubah untuk banyak perkara tetapi tidak semestinya kita berubah kerana orang lain..hipokrit namanya.

Jadi la diri kita yang sebenar..kerana pengalaman mengajar kita erti kehidupan.. hidup dengan cabaran membuatkan kita belajar tentang nilai kemanusiaan dan menilai erti persahabatan...kalau kekeluargaan..dicincang air takkan putus ..apakah istilah terbaik untuk persahabatan...kerana tiada orang yang mahu kehilangan sahabatnya.

So kita adalah diri kita yang sebenarnya tetapi kekadang kita perlu asertif supaya kita tahu tanggungjawab kita yang sepatutnya.

;;