Semenjak cuti ni aku rasa leh kira bila aku leh rehat cam cuti tahunan... sampaikan kajian akhir aku pun tak berusik....jadi tak bersemangat...tangguh sem lagi gamaknya....duit lagi....ni la akibat kerja yang tak ada perancangan rapi... aku kena azam baru untuk tahun depan rasanya...


Pagi2 dah ke FRIM Kepong coz anak sedara aku buat kajian kat sana...petang lak jemput dia... jadi driver la jadinya..Dah nak 10x rasanya aku ulangalik ke sana sbb tu kajian aku malas nak buka....ni bukan alasan ...stail aku kalau buat keje akan berterusan sampai betul2 puas hati...kalau setakat sejam dua jam malas nak tengok.

Semalam aku ajak anak sedara aku nurul, adam dan muhd gi jemput kakak dia di FRIM.mula2 nak bawak mrk gi Muzium FRIM ...malangnya tgh renovation so tgk ikan je dalam kolam dan bawa mereka kat sungai cetek dalam FRIM .Berpeluang juga merasai kesegaran air sungai yang jernih...kat KL ni susah nak jumpa air sungai yang bersih..warna cam teh susu banyak...




Hari ni lak aktiviti seperti biasa gi FRIM dan pas tu gi breakfast kat Keramat.. Kali bawa anak sedara aku iaitu Nurul dan Nadhirah.......nak ajak dia g pasar Keramat beli keperluan masak rendang coz abang aku akan balik haji malam ni.. So aku beli la ayam, ikan tenggiri, ikan merah , ikan jenahak dan udang. Harga ok la lebih kurang sama je di tempat aku di Kompleks Muhibbah tapi di sana banyak lagi pilihan. So aku beli la lebih untuk keperluan 2 hari rumah abang aku... Takkan la abang aku nak gi pasar lepas balik haji.Biar la dia berehat...so lepas ni tugas aku sebagai penjaga berakhir...lega rasanya...besar tanggungjawab tau pegang amanah orang ni.

Balik dari pasar terus masak asam pedas ikan pari...fuyoo sedapnya coz dah lama tak makan asam pedas dan maid abang aku bantu bersihkan ayam untuk masak rendang ayam. Bab rendang lak aku cuma ambil bahagian awal je ..pas masuk ayam aku pas kat maid...so ada masa nak jenguk blog..sekejap lagi nak balik rumah abang aku lak dan tunggu kepulangan abang dan kakak ipar aku dari Jeddah...

;;