mengapa manusia tak boleh menerima realiti kehidupan yang sebenar?...aku rasa kita patut bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita....walaupun setiap manusia mempunyai pandangan masing2 kerana manusia itu diberi akal untuk berfikir tetapi tidak memahami atau sengaja tak memahami realiti sebenarnya....Aku rasa ini berkaitan dengan anxieti yang sebenarnya membentuk personaliti seseorang yang menggabungkan perasaan takut, runsing, bimbang risau, gelisah , khuatir dan pelbagai emosi yang lain. Ini berlaku tanpa sebab2 yang nyata dan sukar diketahui oleh individu berkenaan. Namun bagi mengawal anxieti ego membentuk cara mengawal diri yang dikenali sebagai mekanisme bela diri.

Mungkin individu tak sedar terdapat mekanisme ni....kerana apabila seseorang mengalami anxieti, bermakna sesuatu pengalaman yang berada dalam alam tidak sedar akan wujud dalam bahagian alam sedar dan ego memainkan peranan mengaktivasikan mekanisme ini yang paling sesuai bagi situasi individu tersebut..Keadaan tidak dapat menerima realiti kehidupan sebenarnya boleh kita anggap sebagai mekanisme bela diri pindahgantian (displacement) di mana individu untuk memuaskan sesuatu motif yang tidak dapat dipuaskan dengan cara asal dipuaskan dengan cara lain supaya dapat memuaskan hatinya...

Ntah mengapa aku boleh bercerita tentang mekanisme bela diri ni ..kalau nak bercerita tentang psikologi ni mmg panjang ....tetapi sebagai manusia kita tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kita miliki...so cara hidup sederhana dan menghargai realiti menjadikan kita tenang dan menerima realiti hidup dengan cara kita .....hanya kita yang dapat menentukan kehidupan kita...walaupun kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segala2nya.

;;