Ketidakselesaan aku dengan lawatan ke utara menyebabkan aku rasa tak sihat... kepala aku masih pening...ingatkan lepas blajar lepasan ijazah ni tak tak rasa sesusah mencari ilmu masa zaman maktab atau kursus KSPK PJ setahun. Kalau pada masa tu...tido kat khemah perkara biasa, pas tu pakai baju t-shirt je..so rasa selesa jugak.. ...tapi bila mengenangkan lawatan 3 hari yang lepas .....cam rasa tak seronok je....

Keadaan penginapan yang tak selesa dan tidak cukup rehat menyebabkan BP (tekanan darah) naik....ditambah dengan arahan dari banyak nakhoda . Kira dah dewasa leh buat hal sendiri. Ini kira cabaran pertama la....

Kepada kawan2 ..sorry jika luahan ini menyinggung perasaan kalian ....ini cuma cuma pandangan semata-mata dan luahan perasaan..kalau dipendam akan tensen sampai Disember...so harap pengalaman ini leh jadi panduan.




Walaupun hari-hari telah berlalu, aku tetap rasa terkilan dan sedih...lebih2 lagi apabila terima email dari k.rose maria ..melihat gambar terakhir k.rose bersama Che'Ee pada hari sebelum dia dimasukkan ke hospital. Kekesalan dan kesedihan tu datang, lebih2 lg aku tak sempat nak bagitaunya ttg konvokesyen UM.

Air mata aku pasti menitis teringatkan ketabahan arwah... Arwah menyimpan kesakitan yang dia alami untuk memastikan orang lain tidak bersedih semasa hidupnya. Mmg arwah 'born kaunselor'. Arwah banyak membantu memberi nasihat dan pandangan dalam proses penyediaan kajian penyelidikan aku. Tapi apakan daya...semuanya telah tersurat.... tapi aku tak setabahnya....cuma apa yang aku ingat...arwah kata dialah orang yang paling gembira jika aku terima tawaran belajar di SPADA apabila aku bgtau yang aku mendapat tawaran di SPADA, USIM.


Tanggal 7 Ogos 2009, Che'Ee@ Roselina Yusof,telah kembali ke rahmatullah. Boleh dikatakan kematiannya secara mengejut walaupun sebenarnya aku rasa arwah tahu tentang penyakitnya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkannya bersama-sama orang yang beriman. AMIN.

Che'Ee merupakan pensyarah yang pertama kali mula mengenalkan aku dalam bidang kaunseling apabila aku mengambil kursus 14 minggu BKSR di IBBMM, Kuala lumpur 2 tahun lepas. Banyak pengalaman dan ilmu yang beliau ada dikongsi bersama...beliau bukan sahaja guru malahan kakak, penasihat, pendengar yang sedia, mengambil berat dan tidak lokek dengan ilmu yang ada. Memang begitu komited dengan kerja. masuk kelas mmg on time le...mmg banyak ciri2 kepimpinan yang dimiliki. Bagi aku beliau adalah mentor aku. Beliau juga yang cadangkan ada buat diploma SPADA di USIM. Ingat nak kongsi cerita ttg konvokesyen yang akan datang..namun Allah lebih sayangkannya....

Segala bakti dan jasa beliau mmg tak dapat aku lupakan ....hanya Allah yang dapat membalasnya.


Sabtu lepas semasa aku melawat ke Darul Hanan, Kelantan untuk suatu tugasan SPADA, aku mendapat panggilan dari seseorang yang sepatutnya aku kenali tapi akibat sibuk ngan tugasan yang nak dibuat menyebabkan aku tidak mengenali suara dalam Handfon tu. Lama juga baru aku perasaan bhw panggilan itu dari seorg bekas pensyarahku (Che'Eee) yang banyak membuka minda aku selama ini dan memberi semangat dan membuka peluang kepada aku. Akibat sibuk aku menyatakan bhw aku akan call dia semula selepas itu.

Selepas aku habis dengan tugasan yang perlu dibuat so aku pun call dia(selepas 10 minit) namun aku amat kecewa kerana panggilanku tidak dijawab....dalam hatiku mungkin beliau marah atau merajuk... jarang dia tidak jwb panggil aku. Aku lebih malu kerana dia mengingatkan aku tentang konvokesyen yang bakal aku hadiri minggu depan..mmg niat aku akan bgtau beliau ttng majlis konvokesyen tersebut hujung minggu ni dan memberi salinan projek paper aku yang beliau minta. Semenjak hari Sabtu tu aku sentiasa call beliau namun aku gagal untuk bercakap dengannya.....dan niat mmg aku nak ke pejabatnya di Putrajaya pada hari Isnin lepas tetapi kerana ayah aku tidak sihat so aku tak dapat ke sana.

Namun peristiwa yang paling aku terkilan dan sedih apabila diberitahu berita sedih bahawa beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana diserang 'strok'malam tadi...kini beliau koma dan menggunakan bantuan pernafasan...Ya Allah...Kau berikanlah yang terbaik untuknya ....hanya Kau Yang Maha Mengetahui.

Tadi selepas lawatan ke PT Foundation, aku bergegas ke Hospital Putrajaya bersama Maznita dan Masnida...Wajahnya tenang walaupun dalam situasi koma...Che'Ee, selama yang aku kenali seorang yang berwawasan, kuat semangat, baik hati, pemurah baik dengan senyuman mahupun material dan ilmu, dan sangat berdedikasi mengalami dugaan sebegini. Aku sebenarnya bertuah dapat mengenali beliau dengan budi yang luhurnya malah sentiasa memberi dorongan dan sokongan terhadap apa yang aku buat. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat beliau. Amin.

Pada 30 Julai 2009, pelajar SPADA mengadakan lawatan pertama ke pantai Timur untuk melawat pusat pemulihan dan rawatan penagihan dadah di Kuantan dan Kelantan. Kami bertolak jam 5.00 ptg dan tiba di Matrikulasi Gambang jam 11.00 malam untuk bermalam sebelum lawatan pertama di Geha Bodhi Care Centre,Gambang. Sebelum bertolak kami telah meraikan majlis perpisahan Dr James dan bersama dengan bekas pelajar SPADA(senior) yang akan menghadiri majlis konvokesyen di USIM, Nilai.

;;