19 Jan 2010 bermula Internship III yang merupakan pengalaman baru aku dengan situasi yang berbeza dengan sekolah...Di sekolah aku berhadapan dengan anak-anak/murid-murid dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun yang pelbagai ragam dalam proses perkembangan. Walaupun penat tetapi menyeronokkan dengan pelbagai telatah murid2 ....kekadang aku rindu sangat situasi sebegitu....Aku amat tegas di sekolah tetapi bagi murid-muridku aku adalah seorang guru yang garang.....tu persepsi mereka...tapi niatku adalah untuk mendidik dan mengajar....kerana tanpa disiplin sukar kejayaan untuk dicipta.....
Tapi situasi dalam Internship berbeza sama sekali dalam berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah penagihan dan mempunyai pelbagai latar kehidupan......masalah mereka hanya orang yang mendampingi mereka yang mengetahui keadaan sebenarnya.......
Namun sebenarnya suatu kehidupan bermakna apabila suatu pengisian yang diisi dengan aspek agama, nilai, budaya dan pembentukan keperibadian supaya manusia dapat membuat penilaian  antara buruk dan baik...semuanya bermula dari rumah....di mana kehidupan bermula......

Hari ini exam Dwi Diagnosis dan Kaunseling Relaps....rasa cam leh jawab tapi tak tau la... lengkap axis tadi ke tak....esok lagi beban..exam Pencegahan Relaps....baca pun tak ingat2 ni......harap semuanya berjalan lancar..

Malam ni aku dah tak tahan sabar dengan jiran yang buat bisnes kereta tu.  Sekarang ini setiap inci kawasan di hadapan rumahnya, kawasan bertentangan dengannya dan kawasan berhadapan rumah aku  telah menjadi miliknya sehinggakan kereta diparking sewenang-wenangnya di hadapan rumah orang (bukan rumah aku).  Semenjak aku cuti ni, setiap hari aku akan mengarahkan pelanggannya supaya tidak parking di kawasan hadapan rumah aku. Macam dah jadi kerja baru sebagai 'jaga' atau parking attenden lak... .kerana jikalau teguran itu dari mak atau maid aku, diorang akan buat tak tau sahaja (buat kering je).  Kalau aku tak tegur, pelanggan tu terus parking kat situ...sapa yang tak sakit hati...

Setiap hari aku akan melihat ramai orang yang tidak dikenali termasuk la negro (Mat Hitam) datang ke rumahnya dan kekadang bersidai di tepi jalan....Keadaan ini menjadikan aku rasa tidak selamat dan tidak tenteram....dan kawasan menjadi sesak dengan kereta pelanggannya dan kereta di jalanan.

Situasi ini menyebabkan aku dah tak tahan...mentang2 la aku perempuan mmg dia buat dek je..Tu lum kira gejala sosial yang berlaku di situ...aku malas nak mengadu kalau dia jenis menghormati jiran...tapi semakin hari semakin dia bermaharajalela...kawasan orang dah jadi kawasan dia...rasanya sebab dia rasa dia banyak duit....MPAJ telah datang banyak kali tetapi tiada tindakan dibuat....sebelum dia berakar umbi, aku rasa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kerana kawasan aku tu adalah kawasan perumahan bukan perniagaan.

Malam ni aku punya la marah apabila aku balik rumah, ternampak kereta dia parking berdekatan dengan pagar aku...pas tu kon yang aku letak dah dialihkan. Bila aku marah, dia boleh marah aku balik kerana tak cakap baik2....dia kata dia baru parking 5 minit...dia kata 'cakap la alihkan kereta, nanti dia alihkan la' pastu dia jawab dia ingatkan aku dah tido...waktu tu jam baru kul 10.00... Boleh bayangkan la bila dia dah kuasai semua tempat di kawasa tu  pada masa hadapan....

Hari sebelumnya lak, bila ada kereta dia yang parking kat kawasan aku, bila aku tanya..diaorang leh cakap tak tau...mana la tak sakit jiwa....Aku rasa prinsip diorang  buat kering je..bila aku tegur baru dia alihkan kereta.

Kini, akau rasa satu ancaman pulak terhadap keselamatan aku....bilamana dia dah leh berlagak marah kat aku..walhal dia mengganggu kawasan jiran tetangga. Yang aku tak fahan dia  juga penduduk asal Kg Pandan...mak bapak dia masih tinggal  berdekatan kat situ malahan dia dibesarkan kat situ tetapi tidak boleh menghormati jiran tetangga....ini la kuasa duit rasanya...

Alhamdullillah urusan rumah sewa dah settle....kalau tak... tak masuk 2 bulan ni.  Walaupun kereta tak masuk bengkel lagi...sabar je la..lambat gak Toyota ni..so sekarang ni tumpuan untuk SPADA yang akan tamat tak lama lagi..tunggu praktikum je lagi..


Majlis pernikahan Fahkri (Bee) dan Naziha (Naz) berlangsung di Majlis Zahir, Alor Star pada 17 Disember 2009 dan majlis resepsinya berlangsung pada 19 Disember 2009. Moga Fahkri dan Naz berbahagia hingga ke anak cucu.. Amin

17 Disember 2009 adalah hari pernikahan anak kakak di Pokok Sena....Aku terpaksa bertolak pagi Jumaat  dari K.Lumpur kerana kesibukan dengan kelas di USIM....namun tanpa diduga keretaku dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Perdana dari arah belakang di traffic  light. di Alor Star dalam perjalanan menghantar anak saudara, aku, Fahkri  nikah di Masjid Zahir...Aduh...tak tau nak kata apa...apb tgk bahagian belakang kereta aku......


 Namun aku masih bersyukur kerana tiada siapa yang cedera walaupun belakang keretaku remuk, anak sedara aku selamat diijab kabul, kereta aku selamat dibawa pulang ke K.Lumpur dan masih ada keluarga dan kawan-kawan aku yang membantu......Jutaan terima kasih buat semua yang membantu terutamanya..Azua, Hasliza, Wee, Noriah, Rozaimi dan Saadan....Harap segala yang berlaku ada hikmahnya dan aku terus diberi kekuatan olehNya...

;;