Susah nak cari kawan yang sama kepala (fikiran) ngan kita.... manusia ni pelbagai ragam ..... pelbagai personaliti....... Kekadang aku terfikir baik jangan berkawan dan buat hal sendiri.... nanti dikata anti-sosial lak..... terlebih gurau lak dikatakan melampau....saja sakitkan hati la..... macam mana nak ubah kalau itu la personaliti kita..... bila diingat2kan zaman sekolah dulu ramai member yang satu kepala.... tak kisah la dikutuk atau kena kutuk.... tapi persahabatan tetap utuh....masuk zaman maktab lak gitu juga...... Shima, Kak Ha, Marshida , Hasliza, dan ramai la dalam kelas tu yang sama perangai.....enjoyed betul... sampai sekarang masih contact. Dapat kawan kat u pun sama juga so tak la boring bila belajar... tapi bila tiba time kerja ni memang susah nak jumpa yang sekepala......cuma kat sekolah yang dulu2 je yang betul2 happy bila bekerja...... Masa kat sana orang cam Kak Tie, Rastina, Rajan , Packiam , K.Niza, Jasmin (best friend), Kak Mas dll tu memang sporting ......tapi sekarang.....cakap kena jaga2....bersopan...... berformat.....memang membosankan.......bila la aku dapat keluar dari kepompong cam ni? Aku rasa nak duduk diam2 je tahun depan tapi mesti tak boleh coz tu bukan perangai aku....... camner nak ubah ye?entah la tu la ragam manusia .....ada yang kita tak leh nak duga perangainya......buat aku serba salah .....kena terima je la seadanya.


Semenjak cuti ni aku rasa terlalu busy kehidupan aku....kekadang lupa yang mana patut buat dulu..... pagi je lum celik mata.... member kal nak ambik buku Fizik versi BM untuk prepare exam OUM.... takpe la ... aku tak kisah la tolong kawan2 ni......tak rugi tolong orang.....pas tu tengok2 buku penyelidikan...... tertido ..... sedar2 tipon berbunyi.... orang yang nak bantu aku masukkan data dalam SPSS call .... Alhamdulillah.... ada juga orang nak bantu aku siapkan proses buat projek paper ni.....

Selepas hantar 'data mentah ' (soal selidik) dan bincang aku apa yang aku perlukan, aku pun gi national library...... cari keratan akhbar tentang kerja projek aku.......dalam kesibukan aku kat library ....tetiba aku teringat janji ngan anak2 buah aku nak bawa diaorang tengok Madagascar kat Times Square......tak sempat makan..... aku pun bawa diorang gi pawagam..... Sebelum gi Times Square ayah aku kata nak gi umah mak cik aku kat Cheras...... so sebelum gi aku pun hantar la ayah aku......

Dalam pawagam ....aku tertido jap..... walaupun citer tu menarik.... takpe la biar diaorang yang nak tengok.......balik Times Square jemput lak ayah aku semula..... ni dah kat umah.... fikir camner nak abiskan kerja projek.....mesti Dr Mariani tertunggu2 kerja projek aku....... takpe ...orang kata biar lambat asal hasil menjadi.....penat...penat ....tak terkata.....ni lum ngan kertas cadangan aku untuk diberi pada Gb aku minggu depan.....

Jap lagi kena gi Tesco nak beli brg2 dapur...... esok pagi kena gi imigresen Putrajaya nak uruskan permit maid abang aku yang gi haji tu....tapi aku bersyukur dalam kesibukan ni aku masih leh maintain... tak la sampai stress.... .....



Nak ajak kawan2 kat sekolah gi Kelate punya la payah... pelbagai alasan... termasuk la aku sebenarnya... maklum la semenjak 2 menjak jadi penjaga ni banyak betul keje.... tapi bila mengenangkan kekawan cam k.yan yang bersungguh2 dan usaha mendapatkan van... aku pun ikut serta...





Maka kami pun gi la naik van ... semuanya 6 orang . pada hari khamis 20 Nov ... seronok juga.... bab shopping la.... tengok kawan2 shopping lagi seronok.... Di samping tu... dapat la tengok adat perkahwinan orang kelantan.... simple je... tak macam orang kl...... sebulan dah sibuk... apalagi malam sebelum majlis.....Terserlah la wajah s cik Mas cam artis lak....yang selama ni terpaksa berpanas... almaklum la cikgu pj ..

Ni la ahli2 persatuan Alumni KL dan uniform kami yang menarik....



Kalau nak kenal yang sebelah kanan tu la Kak Ju dan sebelahnya lak bekas cikgu disiplin sekolah aku dulu Puan Zaiton .... memang takut ngan dia dulu tapi sekarang dah jadi kawan persatuan.










Persatuan Alumni MPPM dipengerusikan oleh Datin Nen dan setiausahanya yang hebat dan aktif iaitu Pn. Juriah.... aku panggil je Kak Ju....memang hebat ....walaupun usia meningkat dan dah lama tinggalkan zaman mengajar tapi aktif sungguh.... bukan ngan persatuan kami je tapi pengakap lagi.... jarang ada kat rumah... sekarang ni lak aku jadi naib setiausahanya dalam Persatuan Lepasan MPPM cawangan Kuala Lumpur.....dia setiausaha....kerja ngan dia tip-top..... memang patut belajar ngannya cara berpersatuan..... bukan setakat persatuan....menyanyi le dan menari poco-poco. Tentang persatuan Lepasan MPPM ni...sesapa guru2 bekas lepasan MPPM pakat2 la join persatuan ni...... banyak resolusi yang dibawa dalam mesyuarat Agungnya...antara resolusinya agar anak2 mereka dan bekas2 pelatih MPPM yang ada kelayakan terus ditempatkan sebagai pensyarah di MPPM........




Amat menyedihkan dan terkilan tengok asrama universiti yang menempatkan student Matrikulasi yang tak ada tahap keselamatan.....Kat sekolah kita sibuk bab sekolah selamat dan 3K tapi bila bebudak pandai masuk U je keadaan bilik lebih teruk daripada asrama sekolah. ... Cuba la gi mana2 asrama sekolah ... dah banyak takde katil 2 tingkat ni........ ni serupa zaman dulu masa aku kat U.....sedih.......bila difikirkan....parents diarong ni tak buat aduan ke ..... atau tak kisah janji anak diorang dapat U...... dan pihak U tak PRIHATIN ke tahap keselamatan bebudak ni.... dah la kipas dekat ngan hujung katil ....apa2 leh berlaku.... contohnya ngigau ke malam2 dan bangun tak sedar ....leh pecah tempurung kepala......cam berita dalam Metro minggu lepas .......bila dah terjadi baru la semua sedar....dah tu lantai berlubang lak........ aku rasa diorang tak perasaan dengan PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) antaranya membangunkan modal insan..... bukan setakat nak bagi pelajar ni belajar tapi tempat belajar biar la selesa..... cerita bab kipas yang merbahaya ni aku rasa dah wujud sejak kampus ni dibuka .... walaupun dah tukar ke Gombak kipas tu camtu jugak.....harap2 Menteri Pengajian Tinggi dapat pantau la kejadian ni.... masuk dalam surat khabar ke atau siarkan daam Tv3 suruh Karam Singh buat liputan.... masa tu agaknya pihak U tu ambik tindakan.

Cerita pertama :
Hari semasa hantar abang aku gi Mekah.... aku pun 'parking' la kereta berhadapan rumah yang berdekatan Kompleks Haji Kelana Jaya....rasanya tak la mengacau parking tuan rumah..... balik rumah je sedar2 kereta dah kena gores... ni bukan gores dan menang.... walaupun hati aku terbakar dan terguris mengenangkan kereta yang telah dicacatkan orang... yang tak tahu berbahasa dan berbicara ... tapi apo nak dikato... Aku rasa golongan ni yang tak ada perasaan dan terlebih emosi ni yang suka sangat gores kereta orang dah lama makan hati... tapi tak tau ngape.?????

Cerita kedua:
Masa ni aku tak sedar lagi kereta dah kena calar...aku drive kereta ke Kajang untuk ambik 'maid' abang aku untuk balik ke rumah ..... malang tak berbau ... selepas highway Puchong... tayar belakang kereta aku tiba2 pancit...... panik juga masa tu... tapi nasib baik la kawasan tu terang sikit dan tak terbabas kerana aku memang drive laju ....... Dalam kepayahan tu la nasib baik ada khidmat breakdown toyota..... tapi jenuh juga menunggu. Dalam pada menunggu tu.... aku lihat sebuah motosikal tetiba berhenti cam motornya rosak... pastu dia pasang lampu motornya.....lebih kurang 15 minit kemudian dia berpatang balik.... suspen juga aku ketika itu.... banyak kebarangkalian leh berlaku...... Bila tengok tayar pancit tu bukan kena paku tapi dah terkopek leh masuk jari.....sah esoknya kena ganti tayar baru.....tak terkata.

Lama dah tak tulis kat blog.. Sekarang ni terasa sangat waktu terlalu pantas berlalu.... sebelum cuti banyak kerja perlu dibereskan di samping jadi penjaga kepada 4 orang anak buah kerana abang dan kakak ipar gi buat haji. .... susah juga nak pegang amanah nak jaga anak orang... tapi anak buah yang tahun satu tu okay la....dengar kata... cuma yang dah remaja ni... kena guna psikologi ....tapi alhamdullillah ... semuanya berjalan lancar.


Persatuan Alumni MPPM KL merupakan persatuan lepasan guru MPPM yang saya sertai. Walaupun ahli-ahlinya terdiri daripada lepasan guru-guru lepasan MPPM yang telah pencen tapi komited dan cara kerjanya amat membanggakan saya. Kira-kiranya saya la yang muda dikalangan mereka... Mesyuarat kebangsaan dan jamuan yang diadakan di Seremban amat meriah . Enjoyed juga berada di sana dengan nyanyian dan tarian poco-poconya. Kerja saya sebagai jurukamera untuk menyediakan buletin persatuan.

Pada 3 dan 4 Nov yang lalu , aku ikuti kursus pengendalian Webtv. Selalunya dok tengok tapi tiada perancangan nak dibuat.... so banyak la ilmu yang dapat...cuma rasanya camnernya nak sampaikan kat cikgu2 sekolah..... informasi webtv ni memang baik dan bermanfaat.

;;