Dah sebulan maid balik kampung....dan dah sebulan jugak aku mengambil alih tugas maid yang bertindak merangkap tukang masak, nurse, dan segala urusan rumah....Kalau baca status ni cam kerja biasa je tetapi hakikatnya hanya aku aje yang tau...Aku tahu bahawa Allah tidak menguji di luar kemampuan hambanya....itu menjadikan kekuatan aku.....Tugas selama maid tiada ni..bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi....kalau nak cerita cam membuka pekung di dada...biar la ianya disimpan dalam hati ....semoga aku terus tabah dan diberi kekuatan olehNya...
Dah hampir 2 bulan aku dah tinggalkan sekolah namun keriangan di sekolah tetap terbayang....masih terkenangkan murid-murid kelas 2 Bestari . Bagaimanakah perkembangan mereka dalam akademik.Walaupun hanya 4 bulan sempat aku mengajar mereka namun telah nampak perkembangan peningkatan dalam subjek Bahasa Malaysia.
Ni la pengalaman aku mengajar murid2 tahap 1..Mula2 memang pening namun, keseronokan mula terasa apabila murid yang kurang tahu dah mula mengambil tahu dalam banyak perkara seperti disiplin, belajar, dan tanggungjawab...tapi nak mengubah manusia bukan mengambil masa yang singkap....kerjasama ibu bapa amat penting..justeru itu, aku akan menghubungi ibu bapa mereka bagi membantu aku memastikan kerja rumah yang diberi disiapkan...
Walaupun sebelum ini no hfon adalah untuk peribadi, namun untuk mencapai matlamat yang aku inginkan aku perlu memberi no hfon aku kepada ibu bapa...Alhamdulillah aku memang mendapat kerjasama daripada ibu bapa...memang hebat ibu bapa mereka ini.
Bila difikirkan semula..memang seronok mengajar murid tahap 1 ni walaupun memeningkan kepala...amat puas hati..namun semua itu tinggal kenangan kerana aku mempunyai impian untuk dicapai...moga dengan ilmu dapat membuka minda dan semangat mereka untuk berjaya......
Dah lama tak update blog disebabkan tiada kesempatan masa selepas balik dari China dan berada di sekolah baru ini....ditambah dengan keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan mood untuk menulis pun kurang...
Setelah berakhirnya sukan tahunan sekolah...harap-harap tiada lagi aktiviti yang sibuk di sekolah...Daripada persediaan menyediakan pakaian untuk perbarisan hinggakan persiapan khemah rumah sukan semuanya guru-guru yang siapkan.....satu minggu balik lewat hingga petang membuat persiapan.
Walaupun baru sebulan berada di sekolah baru....Alhamdullillah telah dapat laksanakan tugasan membangunkan bilik sumber PPDa.....biar la bilik tu kecil tapi puas hari dengan maklumat yang disediakan dapat memberi maklumat dan pendidikan terhadap penyalahgunaan dadah kepada semua warga SKDP. Namun tanpa sokongan dan kerjasama pentadbir, guru-guru PPDa yang berdedikasi dan bermotivasi tidak mungkin bilik itu dapat disempurnakan dengan cepat...Terima kasih kepada GB, GPK HEM (pn Rashidah Hanim) dan GPK1 yang memberi sokongan dalam proses penyediaan bahan dan yang penting kepada setiausaha PPDa Kak Zabidah, Azizah dan Juliana yang tak lokek masa dan tenaga untuk menjayakan projek ini. Puas hati apabila ilmu yang ada dapat disebarkan kepada semua dalam program pencegahan dadah di sekolah untuk menjadikan sekolah bebas dadah. cuma yang belum siap ialah mural antidadah di sepanjang blok bangunan.
Minggu depan pulak persiapan ulangkaji untuk PKSR1 ....so akan banyak la latihan praujian untuk melatih murid menjawab soalan dan ulangkaji topik2 lepas.....Oleh itu tiada sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi memberi penekanan terhadap ujian yang bakal dihadapi murid-murid....
Begini la kesibukan dunia perguruan masa kini....walaupun pengumuman terhadap kenaikan pangkat guru...hanya gimik untuk segelintir guru yang terlibat...Kadang-kala tugas guru tidak hanya berhenti setakat di sekolah....malahan dibawa ke rumah hingga ke hujung minggu. Fenomena ini tiada kesudahan menjadikan bebanan guru semakin bertambah di samping mengejar gelaran sekolah cemerlang 'akademik'.Apapun beban yang dipikul itulah sebenar2nya tugas guru hari ini. /Lebih banyak memberi daripada menerima.....kerana kita adalah Guru Pembina Negara Bangsa.
Dikesempatan ini apa yang dapat dikata...Aku bangga menjadi guru...walaupun penuh onak dan diri, asam garam kehidupan yang dilalui dalam dunia pendidikan menjadikan kita lebih melihat kebajikan orang lain daripada diri sendiri.
SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang pernah menaburkan bakti dan jasa yang tidak dapat terbalas...terutamanya guru-guruku yang pernah mengajar aku sejak dari sekolah rendah antaranya:
Cikgu Hanim, Cikgu Yang, Cikgu Khatijah, Ustzh Shamsiah, dan Cikgu Shamugam
Sekolah Menengah: Pn. Lim. Mrs Yeow. Pn Nair, Mr Pooi, Pn Haliza, Pn Roslina, Pn Naimah, Pn Normadiah, Pn. Norizan, Pn Nyonya, Ustzh Normah, Ustzh Salbiah, Dr. Mariani, Ms Lam, Pn Moorty, Pn Normah, Pn Roaini dan Pn Zuraimah
Tidak lupa juga buat mentorku Alllahyarhamah Roselina Yusoff yang pernah menjadi pendorong aku untuk terus berjaya.
Jasa kalian sentiasa dalam ingatan dan menjadi panduan hidup tidak akan dilupa sepanjang hayat...moga hidup kalian sentiasa diberkati dan rahmati Allah selalu.
Pengalaman pertama tiba di Beijing dengan cuaca yang sejuk di bawah suhu 10 darjah jam 7 pagi amat tidak selesa di tambah dengan penat dan mengantuk. Penginapan di Hotel Star Moon bertaraf 4 bintang mmg selesa.
Pada petangnya kami dibawa melawat ke Kedutaan Malaysia dan mendapat sedikit taklimat dan seterusnya berpeluang meninjau dan membeli-belah di Sunny Market. Di situ ramai peminta sedekah yang menggunakan anak2 kecil untuk menagih simpati. Harga barang kat pasar tu jugak boleh tahan tapi aku tak dapat barang yang hendak kucari.
Ingatkan waktu malam hendak bersiar-siar namun apakan daya.....mata dah mengantuk dan tido dengan harapan malam esok akan dapat berjalan-jalan.
Dari Allah kita Datang ....kepada Dia juga kita kembali.....apa yang ada hanya pinjaman...syukurilah nikmat yang diberikanNya..sesungguhnya kita adalah hamba bertuah dan sentiasa diberkati Allah ...moga hidup kita sentiasa dirahmati dan dilindungiNya..Amin..
Aku kembali menulis blog setelah sekian lama menyepi akibat tugasan harian dan assignment yang perlu diselesaikan. Hari ini aku menziarahi jiran aku yang telah kembali kerahmatullah...Moga Allah tempatkannya bersama-sama orang-orang yang beriman. ...kiranya arwah yang meninggal tu lebih kurang sebaya dengan mak aku tapi arwah telah lama mengidap penyakit kencing manis...setiap hari akan 'cucuk' insulin. Melihat kematian amat memberi keinsafan kepada aku apabila salah seorang bekas jirannya dengan nada sedih menyatakan 'anak-anak arwah tak sayangkannya..setiap minggu tiada anaknya yang menjenguknya ...setiap kali dia datang ke rumah arwah membawa makanan, hanya seorang sahaja anak arwah yang ada, yang lain tak pernah ada'......sampaikan arwah rindu sgt nak bertemu cucu2nya' ....itu kata bekas jirannya...kita tak tahu apa situasi sebenarnya yang berlaku....
Apa yang aku tahu...mmg arwah bersama suaminya (pak cik 'S') yang sangat setia...setiap pagi suaminya akan membeli makanan di hadapan rumahku sebagai sarapan pagi...kadang2 aku lihat pakcik 'S' akan membawa arwah berjalan menaiki kereta....hinggakan balik ke Melaka....pak cik 'S' akan memandu sendirian....Pak cik 'S' kekadang ada juga bercerita ttg anak2nya...tetapi aku sekadar mendengar je luahan hatinya....kerana aku juga seorang anak yang menjaga kedua ibu bapaku......Kecekalan pakcik 'S' yang tabah, setia, sabar, penyayang patut dicontohi
Sebagai anak, kadang2 kita lupa peranan kita....walaupun kita berada di puncak kejayaan dan mempunyai keluarga bahagia ...kita lupa untuk membahagiakan ibu bapa kita......kita lupa bertanyakan khabar mereka....kita mudah merajuk walaupun usia telah meningkat dewasa......jarang bertanya apa yang mereka ingini.....dan tak tau apa yang mereka fikirkan......jarang nak menemani mereka bercerita atau meluahkan rasa...
Apa yang aku luahkan ini ialah daripada apa yang aku lihat antara diri ibu bapaku dengan arwah dan suaminya.....sungguh banyak perbezaannya....dari segi kediaman, kunjungan, dan bantuan.....aku rasa ibu bapaku sangat bertuah....Didikan kedua ibu bapaku mendewasakan kami....Itu hanya pandangan aku sebagai anak...Apa pula pandangan ibu bapa aku terhadap kami adik-beradik....namun aku berharap dan berdoa agar Allah terus memberkati hidupku dan diberi kekuatan agar aku dapat berbakti kepada kedua ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Amin....
19 Jan 2010 bermula Internship III yang merupakan pengalaman baru aku dengan situasi yang berbeza dengan sekolah...Di sekolah aku berhadapan dengan anak-anak/murid-murid dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun yang pelbagai ragam dalam proses perkembangan. Walaupun penat tetapi menyeronokkan dengan pelbagai telatah murid2 ....kekadang aku rindu sangat situasi sebegitu....Aku amat tegas di sekolah tetapi bagi murid-muridku aku adalah seorang guru yang garang.....tu persepsi mereka...tapi niatku adalah untuk mendidik dan mengajar....kerana tanpa disiplin sukar kejayaan untuk dicipta.....
Tapi situasi dalam Internship berbeza sama sekali dalam berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah penagihan dan mempunyai pelbagai latar kehidupan......masalah mereka hanya orang yang mendampingi mereka yang mengetahui keadaan sebenarnya.......
Namun sebenarnya suatu kehidupan bermakna apabila suatu pengisian yang diisi dengan aspek agama, nilai, budaya dan pembentukan keperibadian supaya manusia dapat membuat penilaian antara buruk dan baik...semuanya bermula dari rumah....di mana kehidupan bermula......
Hari ini exam Dwi Diagnosis dan Kaunseling Relaps....rasa cam leh jawab tapi tak tau la... lengkap axis tadi ke tak....esok lagi beban..exam Pencegahan Relaps....baca pun tak ingat2 ni......harap semuanya berjalan lancar..
Malam ni aku dah tak tahan sabar dengan jiran yang buat bisnes kereta tu. Sekarang ini setiap inci kawasan di hadapan rumahnya, kawasan bertentangan dengannya dan kawasan berhadapan rumah aku telah menjadi miliknya sehinggakan kereta diparking sewenang-wenangnya di hadapan rumah orang (bukan rumah aku). Semenjak aku cuti ni, setiap hari aku akan mengarahkan pelanggannya supaya tidak parking di kawasan hadapan rumah aku. Macam dah jadi kerja baru sebagai 'jaga' atau parking attenden lak... .kerana jikalau teguran itu dari mak atau maid aku, diorang akan buat tak tau sahaja (buat kering je). Kalau aku tak tegur, pelanggan tu terus parking kat situ...sapa yang tak sakit hati...
Setiap hari aku akan melihat ramai orang yang tidak dikenali termasuk la negro (Mat Hitam) datang ke rumahnya dan kekadang bersidai di tepi jalan....Keadaan ini menjadikan aku rasa tidak selamat dan tidak tenteram....dan kawasan menjadi sesak dengan kereta pelanggannya dan kereta di jalanan.
Situasi ini menyebabkan aku dah tak tahan...mentang2 la aku perempuan mmg dia buat dek je..Tu lum kira gejala sosial yang berlaku di situ...aku malas nak mengadu kalau dia jenis menghormati jiran...tapi semakin hari semakin dia bermaharajalela...kawasan orang dah jadi kawasan dia...rasanya sebab dia rasa dia banyak duit....MPAJ telah datang banyak kali tetapi tiada tindakan dibuat....sebelum dia berakar umbi, aku rasa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kerana kawasan aku tu adalah kawasan perumahan bukan perniagaan.
Malam ni aku punya la marah apabila aku balik rumah, ternampak kereta dia parking berdekatan dengan pagar aku...pas tu kon yang aku letak dah dialihkan. Bila aku marah, dia boleh marah aku balik kerana tak cakap baik2....dia kata dia baru parking 5 minit...dia kata 'cakap la alihkan kereta, nanti dia alihkan la' pastu dia jawab dia ingatkan aku dah tido...waktu tu jam baru kul 10.00... Boleh bayangkan la bila dia dah kuasai semua tempat di kawasa tu pada masa hadapan....
Hari sebelumnya lak, bila ada kereta dia yang parking kat kawasan aku, bila aku tanya..diaorang leh cakap tak tau...mana la tak sakit jiwa....Aku rasa prinsip diorang buat kering je..bila aku tegur baru dia alihkan kereta.
Kini, akau rasa satu ancaman pulak terhadap keselamatan aku....bilamana dia dah leh berlagak marah kat aku..walhal dia mengganggu kawasan jiran tetangga. Yang aku tak fahan dia juga penduduk asal Kg Pandan...mak bapak dia masih tinggal berdekatan kat situ malahan dia dibesarkan kat situ tetapi tidak boleh menghormati jiran tetangga....ini la kuasa duit rasanya...
Alhamdullillah urusan rumah sewa dah settle....kalau tak... tak masuk 2 bulan ni. Walaupun kereta tak masuk bengkel lagi...sabar je la..lambat gak Toyota ni..so sekarang ni tumpuan untuk SPADA yang akan tamat tak lama lagi..tunggu praktikum je lagi..
Majlis Pernikahan dan Persandingan Anak Saudara
0 comments Posted by yatisamad at Sunday, January 03, 201017 Disember 2009 adalah hari pernikahan anak kakak di Pokok Sena....Aku terpaksa bertolak pagi Jumaat dari K.Lumpur kerana kesibukan dengan kelas di USIM....namun tanpa diduga keretaku dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Perdana dari arah belakang di traffic light. di Alor Star dalam perjalanan menghantar anak saudara, aku, Fahkri nikah di Masjid Zahir...Aduh...tak tau nak kata apa...apb tgk bahagian belakang kereta aku......
Kesian dan simpati apabila isu tunggakan RM57 murid di sekolah SK Tarcisian Convent, Perak diperbesarkan dalam akhbar. Mungkin RM57 adalah perkara kecil atau besar bagi sesetengah orang tapi apabila RM57 dibahagi 10 bulan atau 12 bulan, nilainya menjadi lebih kecil. Ini bermakna ibu bapa atau murid tersebut perlu membayar lebih kurang RM5.70 sebulan...Makan tengah hari pun kekadang melebihi nilai tersebut.. Tunggakan itu menyebabkan murid tersebut tidak mendapat slip keputusan UPSR.
Tunggakan menyebabkan seseorang murid tidak mendapat slip keputusan amat disokong kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada murid-murid yang tidak berkemampuan. Ibu bapa tidak perihatin dan sering menyalahkan pihak sekolah menyebabkan perkara sebegini terjadi.. Kekadang bantuan yang diberi kepada murid telah disalahgunakan oleh ibu bapa untuk keperluan lain bukannya untuk murid tersebut. Ada bapa yang sanggup tidak mengistiharkan isteri bekerja untuk menunjukkan pendapatan yang rendah agar mendapat bantuan. Malahan untuk bantuan pelajar miskin bila disuruh ibu/bapa datang ke sekolah untuk mengambil wang didapati memiliki handfon dan bergelang emas.... persoalannya mampukah ibu bapa yang miskin memiliki handfon atau memakai barang kemas...? Mengapa kemudahan itu digunakan untuk keperluan anak-anak mereka yang bersekolah.
Harap isu-isu lapuk sebegini jangan la diperbesarkan untuk mencari publisiti murahan...jangan menyalahkan pihak sekolah yang telah banyak memberi perkhidmatan dan pendidikan kepada murid-murid demi kecemerlangan murid-murid....keadaan seperti ini seperti meludah ke langit balik ke muka sendiri..Peranan dan pengorbanan serta kerjasama ibu bapa penting dalam merealisasikan kecemerlangan anak-anak.
Salam Aidiladha buat semua kawan di SKTHO, SPADA, USIM dan UM.
Sebenarnya banyak cerita yang nak update dalam blog, namun akibat kesibukan belajar banyak entri yang tak update.
Pagi ni aku menziarahi kubur arwah atok dan nenek di Jalan Ampang....Apa yang menarik dalam perjalanan ke kubur arwah atok, aku mendengar perbualan 2 orang kanak-kanak (antara kakak umur 6 tahun dengan adiknya 5 tahun). Kakaknya bagitau kat adik bahawa kita juga akan dimasukkan dalam kubur apabila mati nanti...dan adiknya kata dia tak nak dimasukkan dalam kubur...dan kakaknya jawab bukan sekrang tapi bila kita mati tapi tak tau lagi.....
Moralnya aku bangga anak sekecil itu tau tentang kematian dan bapanya telah mendidik mereka sejak kecil menziarah kubur tanpa rasa takut kerana kematian akan berlaku kepada setiap orang.
Hari ini aku lihat ada seseorang yang aku kenali 'park' kereta depan pintu pagar rumah aku untuk berurusniaga dengan jiran sebelah tu... aku rasa serba salah nak tegur..apatah lagi dia orang tua...tapi hakikatnya apa yang dia buat tu mmg mengambil kesempatan dan tidak menghormati tuan rumah...biasa la orang politik dan org bisness ni... kalau diberi peluang mmg tak kan tolak.
So...aku mmg dah lama rasa tak puas hati ngan jiran yang berniaga kereta di kawasan perumahan ini...dah banyak la perkara yang menyakitkan hati aku. Ada suatu hari tu, customer dia (Negro) 'park' kereta menyebabkan aku susah nak masuk pintu pagar...apa yang aku lakukan ialah aku 'park' kereta aku betul2 sebelah kereta dia...mmg takleh bukak pintu la ...pastu tgk gelagat Negro tu...
Perkara yang dah terbuku lama kat perasaan kita menyebabkan kita terpaksa ambil tindakan walaupun serba salah. Berbalik cerita awal tadi..so aku pun 'sound' orang yang 'park' kereta depan pintu pagar aku tanpa rasa dia tu orang yang aku kenali....yang rasa kelakar tu aku speaking ngan dia (coz dia mmg speaking selalu)...he said just 1 minute cikgu...i'm waiting for my friend....(dia defensive)...my friend is you,..cikgu....are you ok cikgu?.....tah... kata2nya tak melembutkan hati aku.....so aku jawab semula (dalam BI) orang yang park kat depan ni mmg selalu kata 'just a minute'....so tolong hormati tuan rumah.....aku pun tutup gate dan masuk ke dalam rumah.
Kalau difikir2 semula mmg cam tak sopan, lebih2 lagi dengan orang yang kita kenal...tapi kalau perkara tu dah menjadikan kita serba salah....perkara yang salah pun mungkin kita biarkan....aku harap dia faham mengapa tindakan aku sebegitu..jangan dia dok jaja cerita cukup la.....
Kerana Rotan adalah drama yang ditayangkan di Astro Oasis malam tadi...Kisah yang menceritakan tentang ajaran guru yang garang menggunakan rotan kerana kesalahan anak muridnya akibat mencuri. Sejak itulah 'dia' yang kini bergelar datuk berjaya dalam hidup . Namun dia kesal kerana anak lelaki tunggalnya yang terlalu diberi kasih sayang yang melimpah sehingga menemu ajal pada hari yang sama kematian gurunya kerana terlibat dalam pergaduhan...
Apa yang menarik dalam cerita ini ialah walaupun dia telah berjaya namun tetap ada kesedaran untuk membentuk anaknya walaupun telah terlambat....Ibu bapa perlu ingat terdapat 3 peringkat mendidik anak iaitu umur 1 hingga 6 tahun berilah peluang bermain kepada anak-anak....pada umur 7 hingga 12 tahun, anak-anak perlulah diberi peraturan dan disiplin dan umur anak-anak 13 tahun ke atas anggap dia seperti kawan yang boleh berkongsi masalah...dan yang paling utama adalah doa ibu bapa....doa ibu bapa membawa rahmat kepada kehidupan anak-anak....
Situasi di sekolah sekarang berlainan dengan dahulu...kita patut berpegang kepada pepatah " Melentur buluh biar dari rebung" Kekadang kanak-kanak di sekolah rendah tahu mengapa mereka didenda oleh guru..tetapi akibat ibu bapa yang takut anaknya tercedera dan kasih sayang yang melimpah ruah..akibatnya guru2 pun takut akan disaman...so jika kanak-kanak sentiasa dibela bila masa mereka nak berdikari dan berfikir tentang kerasionalan tindakan yang diambil.
Implikasinya apabila bekerja nanti....sikap memilih kerja dan jati diri yang rendah menyebabkan sukar menerima teguran dan mencari keseronokan di pusat-pusat hiburan yang dah tentu banyak buruk daripada baiknya....yang pasti pil khayal tetap ada di sana. Laporan akhbar hari ini melaporkan golongan wanita ramai yang telah terjebak dalam dadah....nah...boleh bayangkan apa yang akan berlaku pada masyarakat Malaysia akan datang jika usaha-usaha untuk membendung dan sentiasa berlembut pada generasi hari ini ...
Setiap dari kita pasti ada memori tersendiri dengan ketegasan dan sikap garang guru2 kita mendidik kita pada suatu masa dahulu...kerana rotanlah....kita juga harus ingat, antara golongan yang akan disoal dahulu adalah pemimpin...kita adalah pemimpin kepada generasi hadapan.








