Bila sebut tang nawaitu...pastikan bila buat sesuatu tu niat kena betul... ni kira pengalaman la...citer sal pekse PTK pagi tadi...niat tak kisah sangat ...bulan 8 ada lagi exam...malam tadi baru 'jenguk'buku ..at least tau apa isi kandungan exam tu...

Nak jadi cerita , bila dapat kertas ...berdebar semacam je...cam baru pertama kali ambik exam...ha.ha.ha..so aku pun kawal emosi supaya tidak panik... akhirnya buat setengah jam aku pun give up nak baca dan kuar dr bilik pekse...jadi malas nak semak balik soalan ...ni la pertama kali dalam hidup , bila masa exam banyak lagi ..dah kuar dari bilik pekse ...semuanya kerana niat...harap jadi panduan dan iktibar kepada semua.

Tahniah buat adik Nik Nur Madihah kerana berjaya memperoleh 19A1 dan satu A2. Lebih membanggakan kerana adik Madihah datang dari keluarga yang susah , bapanya seorang nelayan tetapi mampu berjaya..tanpa kemewahan hidup tapi kebahagian keluarga , kasih sayang keluarga dan pegangan agama yang kukuh mampu membina jiwa dan semangat menghadapi cabaran untuk mengubah hidup dirinya serta keluarga.Tanpa kelengkapan belajar , tanpa bantuan biasiswa kerajaan dan kekurangan wang belanja dan hanya menumpukan kepada pengajaran guru dan amalan puasa sunat mampu mencipta sejarah diri dalam SPM.
Ini juga merupakan salah seorang kejayaan anak Melayu dalam akademik...tapi tak kurang juga kegagalan dan kerosakan anak Melayu yang telah runtuh nilai akhlak dan keagamaan akibat daripada kemewahan hidup dan pengaruh rakan sebaya. Golongan ini bangga melakukan kerosakan dan membuli orang...bab2 akademik diletak jauh dari diri apatah lagi keagamaan .
Diharapkan kejayaan anak Melayu seperti Nor Amalina, Siti Fatimah Mukhtar dan Nik Nur Madihah menjadi model terbaik kepada anak-anak Melayu yang lain untuk mencipta kejayaan. Diharapkan semoga Nur Madihah terus berjaya dan mendapat apa yang diimpikan dan jangan lupakan keluarga dan orang2 yang terdekat setelah berjaya kelak.

Hari ini sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah aku...so guru kelas tahap 2 diminta menyediakan banner untuk perarakan...maka berbagai-bagai usaha guru untuk menghasilkan banner . Ni yang dikatakan guru serba boleh....apa sahaja yang dianjurkan oleh sekolah untuk sesuatu acara , pasti guru-guru berusaha untuk menghasilkan sesuatu agar program berjalan lancar.
Begitu la tugas guru-guru hari ini. Masyarakat mungkin nampak senang sahaja tugas guru. bekerja separuh hari dan petang leh rehat... tapi hakikatnya guru-guru akan buat kerja sampingan bukan sahaja untuk matlamat untuk perkembangan intelek murid tetapi juga melibatkan emosi dan penerapan nilai dan pembentukan sahsiah . Contohnya banner-banner yang dibuat oleh guru kelas menjadi kebanggaan murid apabila murid-murid membawa semasa perarakan...saksikanlah foto-foto kemeriahan sambutan Maulidur Rasul agar generasi hari ini mengingati Rasullullah (s.a.w) , nabi junjungan besar kita.

;;