Hari ini mmg betul2 aku marah terhadap sikap customer jiran aku yang jual kereta tu. Dah la parking dekat ngan pintu pagar rumah...tapi bila aku suruh dia alihkan kereta siap kata 10 minit je....percaya ke urusan bisnes 10 minit. tu mmg ayat stereotape...alasan yang selalu diberi untuk dapatkan parking terdekat dengan rumah yang menjual kereta tu. Dengan keras kepalanya dan rasa berkereta mercedes WHJ 202 ...agaknya dia kata dia berduit kot...tak langsung rasa untuk alihkan keretanya walaupun telah disuruh oleh pekerja jiran aku.
Siap ckp luar tu kawasan public sapa2 leh parking....so dia juga leh parking. Mmg betul kata dia tapi dia tak rasa dia parking dekat ngan pintu pagar tu mengganggu tuan rumah kot. Sebenarnya aku dah inform pekerja jiran aku tu ttg kawasan tmpt yang leh customer dia parking ....tapi customer sorang ni yang rasa dia kaya kot so tak kira la dia leh parking kat mana dia suka kot. Ni dah kali kedua customer Melayunya yang rasa semua kawasan situ kawasan tmpt berniaga....padahal banyak tempat boleh diaorang parking termasuklah berhampiran rumah kedai tu..dah tentu kawasan perniagaan...mengapa? sbb nak mudah, dekat dan cepat.. dah mmg lumrah. Moralnya apabila kita datang kat tmpt orang harap dapat hormati orang di kawasan itu. Jangan buat keras kepala... Rasa tertekan apabila kawasan perumahan kita dah jadi kawasan bisnes...sentiasa sesak.

Pengalaman baru dengan mengetahui bidang farmakologi. Ia berkaitan dengan farmakokinetik dan farmakodinamik iaitu mengkaji apa yang badan buat kepada dadah dan apa yang dadah buat terhadap badan. Namun begitu rasa seronok juga dan subjek yang agak menarik dengan pendekatan yang digunakan oleh pensyarah (doktor) dari PPUKM...kira beliau faham yang kami bukan student perubatan. Namun rasanya susah sikit nak faham sebab subjek baru untuk kami.

Kami juga membuat persediaan untuk lawatan ke pantai timur, utara Semenanjung untuk melawat pusat rawatan pemulihan dadah serta perancangan lawatan ke pusat rawatan pemulihan di luar negara. Bukan untuk makan angin. Semua ini adalah tugasan yang perlu dibereskan. Nampak seronok tapi banyak tugasan yang menunggu....


Dah lama tak bersukan, so berat badan agak membimbangkan. Ada je peluang pasti aku mengambil kesempatan berjogging walaupun hanya ambil angin atau berjalan kaki. Menikmati keindahan alam dan keredupan kawasan berhampiran hutan dan pasti bertemu dengan pelbagai spesis monyet yang tidak berbahaya. Manusia yang murah hati dan ingin melihat telatah monyet pasti membawa makanan untuk monyet2 ini. Dengan cara bersopan mereka memberi makanan dengan cara menghulur dan bukan mencampak makanan kepada monyet2 tersebut. Amat terhibur melibat telatah monyet2 tersebut sambil menikmati udara segar.

Hari ini aku mendapat tempat baru dengan mendaki bukit menuju ke tempat empangan air(aku rasa)setinggi lebih kurang 50 meter. Sesak juga nafas coz dah lama tak mendaki bukit. Tempat tersebut mmg menarik dan terpaksa masuk kawasan hutan so takleh pergi berseorangan. Walaupun meletihkan namun satu pengalaman baru mendaki bukit di kota metropolitan.

Mengikut artikel yang aku baca dalam surat khabar hari ini berkaitan berjalan kaki laju memberi banyak manfaat. Antaranya ialah menstabilkan berat badan, menurunkan berat badan, mengelak serangan jantung, elak daripada strok, mencegah kencing manis, mencegah osteoporosis, meredakan sakit lutut, ubat anti stress dan mengurangkan risiko kanser payudara.

Kenyataan ini bukan berdasarkan rujukan semata-mata tetapi melalui kajian seperti kajian terhadap 70,000 pesakit di sekolah kesihatan Awam Harvard, yang berjalan purata 20 jam seminggu, risiko diserang strok menurun sebanyak 2 drp 3 kes. Begitu juga kajian tentang masalah tekanan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu. Sumber daripada Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan juga menyatakan dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 km sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal.

Tak sangka aku jadi pelajar semula. Ni dah 3 'U' aku daftar sebagai pelajar cuma bezanya belajar sekarang ni dengan tajaan KPM. Masa majlis orientasi tadi 'blur' jugak . Semua cikgu yang ada adalah kaunselor sekolah. Kira aku orang yang bertuah la. Kami terdiri daripada 25 orang yang terdiri daripada pegawai polis, kastam, pegawai AADK, Pusat Serenti, Pegawai Penjara, Pegawai Kesihatan dan guru-guru dari seluruh MAlaysia.

Bila cerita bab kuliah cam serius je..dengan jadual yang padat terutamanya Farmakologi dan 'Internship'. Kelas mula kul 9 pg tapi balik lewat la kul 4... kena ubah la jadual tuisyen dan waktu riadah aku. Takpe, hidup mesti ada cabaran dan perubahan untuk kemajuan masa depan. So aku kena tunggu Hari Isnin untuk tahu perkembangan seterusnya.

Hari ini, hari terakhir aku mengajar kat sekolah setelah dapat cuti blajar mulai esok (9 Julai). Kalau nak kira, cukup 4 tahun aku berada di sekolah sekarang. Walaupun banyak kenangan dan pengalaman, tu akan jd sejarah dalam dunia pendidikan aku. Apapun terima kasih kepada j/kuasa BKG sekolah yang bersusah payah memberi hadiah. Rasa malu lak masa tu.... Aku bukannya pindah sekolah, sambung blajar je...

Dalam situasi perpisahan tu, apa yang menyentuh perasaan aku apbila aku terima surat2daripada murid aku yg mendoakan kebahagian aku dunia dan akhirat. Amat terharu sungguh aku rasa. Ingatkan diorg suka aku gi blajar..Almaklum la aku ni guru garang dan tegas. Harap dan doa aku moga murid2 tu dapat manfaatkan daripada ilmu yg dah dicurahkan.

Nik Nabilah call td kata dia sedih coz meja dibelahnya akan kosong so bermakna dia tak dpt jumpa aku kat sekolah apb dia mulakan tugas Jumaat ni. Baru la aku terasa sedih tinggalkan sekolah tu..krn Nik la rakan bercakap, bergurau dan berborak yg duduk meja bersebelahan aku selama kat sekolah tu. Kekadang dia juga org yg aku selalu kacau..Buat Nik, teruskan perjuangan n don't give up. Begitu juga rakan2 yg lain expecially Lela, Rosni, Wa, Win, Salina,Cik Yah, Wan, Yus, Bar, k.Wi, K.Wan, K.yan, k.Ma dan nama2 yg tak dapt disebutkan... Thank you 4 everthings. You all mempunyai ciri2 tersendiri. Keep it up.

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk urusan penyerahan tugas. Harap aku dapat siapkan segala tugasan aku. Pemeriksaan kesihatan dan buka akaun Bank Islam dah aku selesaikan, so urusan untuk mendaftar dah hampir selesai. Aku bersyukur dapat menyambung belajar di USIM dengan HLP setelah banyak permohonan untuk memohon jawatan di BPG dan IPG tiada jawatan. Aku akan keluar dari sekolah sekarang dan belajar sepenuh masa. Rasa sedih juga untuk tinggalkan sekolah tu walaupun banyak kenangan yang sukar dilupakan. Tapi kita harus mencari peluang yang ada. Biar ada suara sumbang yang kedengaran selepas ini aku tak kisah lagi. Anyway terima kasih kepada GB dan PK1 aku yang telah memberi peluang untuk aku memegang tanggungjawab yang sememangnya aku minat di sekolah cuma lum nampak kejayaannya.

Tadi di sekolah ada ceramah khas ... dan pastu menghabiskan hari-hari di sekolah dengan kawan2 yang ada. Walaupun aku ada kat sekolah tetapi fikiran aku di tmpt lain. Banyak yang aku fikirkan..takut kerja tak siap...Bar ajak keluar makan mlm ni pun aku takde mood. Harap dia faham. So ingat nak g jogging pagi esok untuk memulakan hari baru...

;;