Syukur la dah selesai sukan tahunan sekolah aku.Aku jadi rimas selama lebih 3 minggu ni pnp tidak berjalan ngan sempurna. Banyak kerja GPM aku tertangguh dan moga esok berjalan spt biasa. Kalau difikirkan mmg frust ngan situasi sekolah spt lebih mementingkan sukan. Berdasarkan pengalaman di sekolah lama dulu, pnp mmg diutamakan, so bdk2 ni kurang terlibat ngan akt sukan masa persekolahan. Semuanya dibuat slps waktu persekolahan. Kalau tak, bising la GPK aku tu.

Bab cerita sukan pula, aku dan beberapa orang cikgu rumah merah (Soffi, Win, dan Fiza) mengendalikan persembahan kawad kaki . Walaupun kalah tapi masih leh berbangga dengan komitmen bdk2 rumah merah tu. Kesungguhan dan disiplin membolehkan mereka melakukan terbaik walaupun hanya berlatih selama 3 hari je.

Cakap sal disiplin ini teringat teori perkembangan Umar Al Khattab umur 1 hingga 6 tahap kanak-kanak bermain/keseronokan, umur 7 hingga 13 tahun tahap kanak-kanak meningkatkan disiplin diri dan umur selepas 13 tahun jadikan anak-anak sebagai kawan. So bayangkan kalau kanak-kanak di sekolah rendah boleh mengikuti disiplin dan pemantapan jati diri yang baik maka boleh mengurangkan gejala sosial semasa mereka remaja..

Lihatlah gambar bdk2 umah merah dalam kawad perbarisan.



;;