Sempena sambutan Deepavali, Noriah telah menganjurkan perjumpaan dengan member2 lama CPR...walaupun kebanyakan kami tinggal dalam satu kawasan yang sama, tetapi jarang berjumpa... so kami telah berkumpul dan makan2 di Hotel Impiana KLCC. Turut serta ialah Puan Zaitun, bekas guru disiplin CPR....kan kami dah jadi kawan..
Walaupun tak ramai, tetap kecoh...macam dulu2 jugak...nasib baik la kat Tonka Bean Cafe tu tak ramai orang tapi makanan mmg best...dari makan keledek rebus sampai la makanan barat dan harga pun berpatutan...enjoy sungguh makan2 sambil buka cerita lama dan terkini..

Mariani yang aku hanya kenal dalam facebook, macam model lak...masa sekolah dulu mmg aku tak perasaan dia coz bukan classmate aku, Sham (junior) pula tetap sama cam dulu2, student pandai yang selalu serba salah... Faezah mmg cam model....keep maintain....Ijan, Aini, Nora dan Noriah mmg selalu aku jumpa di gerai nasi lemak Nora depan rumah aku..Cuma yang tak datang ialah Yasnani, Azizah, Ija, Bedd, dan ramai lagi la yang sepatutnya datang...sibuk dengan urusan masing2. Puan Zaitun cam biasa la...bekas guru disiplin....ramai yang kenalnya...termasuklah ex-student CPR yang turut makan di situ...
Rasanya cuti seminggu USIM ini aku manfaatkan dengan bertemu semula dengan kawan2 lama...kerana semester depan penuh dengan kesibukan di SPADA dan ada kerjayang aku belum mulakan....


Rasanya dah lama tak enjoy dapat berkumpul dengan kawan2 lama...kat dusun durian lak..Makan durian fresh ni tak sama ngan durian beli kat kedai... dusun tu lak berdekatan bandar Shah Alam dan di atas bukit lagi.... nampak pemandangan UiTM baru dan highway....

Kami gi pada Jumaat lepas, 16 Okt. Aku dan Noriah bawa bekas guru disiplin kami masa di CPR ...Pn. Zaitun Daud. Nora dan Aini pula satu kereta. Makanan disponsor oleh Aini... Kira ok la kiew tiau yang digoreng oleh surirumah. So kami makan2 sambil menikmati pemandangan indah kerana dusun tu atas bukit. Balik ke KL kami singgap kat Subang beli pokok orkid..kira hobi baru la.
Dulu masa di sekolah...kalau kami nampak je muka Pn. Zaitun mmg patah balik la....apatah lagi dengar suara.....Pernah sekali dia berleter nak dekat satu jam sebab dapat aduan daripada pengawas yang tidak disukai...pasal nak buat 'breakdance'. Masa tu Form 2 kot....apa lagi siap kena ugut la dengan Pn Zaitun tu...Tapi sekarang dah berubah..aku mmg jadi kawannya dalam persatuan Alumni MPPMKL dan hari tu saja ajak Pn Zaitun coz dia mmg tak buat apa2 pun di rumah skrg...dan mmg dia nampak enjoy dapat sertai kami.
Lepas ni dalam usaha untuk mengunjungi beberapa rumah guru CPR seperti Pn. Nyonya, Ustzah Salbiah, Pn. Normahdiah dan Pn.Naimah.




Hari ini aku lihat ada seseorang yang aku kenali 'park' kereta depan pintu pagar rumah aku untuk berurusniaga dengan jiran sebelah tu... aku rasa serba salah nak tegur..apatah lagi dia orang tua...tapi hakikatnya apa yang dia buat tu mmg mengambil kesempatan dan tidak menghormati tuan rumah...biasa la orang politik dan org bisness ni... kalau diberi peluang mmg tak kan tolak.

So...aku mmg dah lama rasa tak puas hati ngan jiran yang berniaga kereta di kawasan perumahan ini...dah banyak la perkara yang menyakitkan hati aku. Ada suatu hari tu, customer dia (Negro) 'park' kereta menyebabkan aku susah nak masuk pintu pagar...apa yang aku lakukan ialah aku 'park' kereta aku betul2 sebelah kereta dia...mmg takleh bukak pintu la ...pastu tgk gelagat Negro tu...

Perkara yang dah terbuku lama kat perasaan kita menyebabkan kita terpaksa ambil tindakan walaupun serba salah. Berbalik cerita awal tadi..so aku pun 'sound' orang yang 'park' kereta depan pintu pagar aku tanpa rasa dia tu orang yang aku kenali....yang rasa kelakar tu aku speaking ngan dia (coz dia mmg speaking selalu)...he said just 1 minute cikgu...i'm waiting for my friend....(dia defensive)...my friend is you,..cikgu....are you ok cikgu?.....tah... kata2nya tak melembutkan hati aku.....so aku jawab semula (dalam BI) orang yang park kat depan ni mmg selalu kata 'just a minute'....so tolong hormati tuan rumah.....aku pun tutup gate dan masuk ke dalam rumah.

Kalau difikir2 semula mmg cam tak sopan, lebih2 lagi dengan orang yang kita kenal...tapi kalau perkara tu dah menjadikan kita serba salah....perkara yang salah pun mungkin kita biarkan....aku harap dia faham mengapa tindakan aku sebegitu..jangan dia dok jaja cerita cukup la.....

Kerana Rotan adalah drama yang ditayangkan di Astro Oasis malam tadi...Kisah yang menceritakan tentang ajaran guru yang garang menggunakan rotan kerana kesalahan anak muridnya akibat mencuri. Sejak itulah 'dia' yang kini bergelar datuk berjaya dalam hidup . Namun dia kesal kerana anak lelaki tunggalnya yang terlalu diberi kasih sayang yang melimpah sehingga menemu ajal pada hari yang sama kematian gurunya kerana terlibat dalam pergaduhan...

Apa yang menarik dalam cerita ini ialah walaupun dia telah berjaya namun tetap ada kesedaran untuk membentuk anaknya walaupun telah terlambat....Ibu bapa perlu ingat terdapat 3 peringkat mendidik anak iaitu umur 1 hingga 6 tahun berilah peluang bermain kepada anak-anak....pada umur 7 hingga 12 tahun, anak-anak perlulah diberi peraturan dan disiplin dan umur anak-anak 13 tahun ke atas anggap dia seperti kawan yang boleh berkongsi masalah...dan yang paling utama adalah doa ibu bapa....doa ibu bapa membawa rahmat kepada kehidupan anak-anak....

Situasi di sekolah sekarang berlainan dengan dahulu...kita patut berpegang kepada pepatah " Melentur buluh biar dari rebung" Kekadang kanak-kanak di sekolah rendah tahu mengapa mereka didenda oleh guru..tetapi akibat ibu bapa yang takut anaknya tercedera dan kasih sayang yang melimpah ruah..akibatnya guru2 pun takut akan disaman...so jika kanak-kanak sentiasa dibela bila masa mereka nak berdikari dan berfikir tentang kerasionalan tindakan yang diambil.

Implikasinya apabila bekerja nanti....sikap memilih kerja dan jati diri yang rendah menyebabkan sukar menerima teguran dan mencari keseronokan di pusat-pusat hiburan yang dah tentu banyak buruk daripada baiknya....yang pasti pil khayal tetap ada di sana. Laporan akhbar hari ini melaporkan golongan wanita ramai yang telah terjebak dalam dadah....nah...boleh bayangkan apa yang akan berlaku pada masyarakat Malaysia akan datang jika usaha-usaha untuk membendung dan sentiasa berlembut pada generasi hari ini ...

Setiap dari kita pasti ada memori tersendiri dengan ketegasan dan sikap garang guru2 kita mendidik kita pada suatu masa dahulu...kerana rotanlah....kita juga harus ingat, antara golongan yang akan disoal dahulu adalah pemimpin...kita adalah pemimpin kepada generasi hadapan.







Setelah 2 hari iaitu hari Isnin dan Selasa lepas memerah otak dengan exam semester, so 7 Okt yang lepas, SPADA telah menganjurkan jamuan hari raya...biasa la orang yang paling sibuk dan penting adalah Ketua Program Spada, En. Abd Halim dan staff-staff yang ada, Ida, Dila dan An... kami hanya membantu apa yang perlu aje....

Cerita bab exam ni tak yah nak citer...payah juga rasanya jika soalan yang ditanya banyak melibatkan tahap pengetahuan...kena mengingat la....faham2 je la..umur2 bukan remaja ni bab2 mengingat ni susah sikit la...so paper kaunseling rasanya mmg teruk ditambah dengan 1 hari ada 2 paper pagi dan petang....lunch pun tolak tepi sbb nak ingatkan fakta yang ada dalam buku. Saat makan hati dan jiwa semasa jamuan SPADA tu seorang pensyarah berkata.."wah, ceria you all ni lepas exam ye"....tafsirkan sendiri maksud beliau....he.he.he. ..Apapun segala yang berlaku adalah pengalaman dan pengajaran buat diri aku...

Syukur..exam dah selesai walaupun susah benar nak hadapinya...Aku sampai rumah dah kul 7.40 mlm setelah aku dan beberapa orang kawan Spada gi Satay Station makn sate dan mee rebus....diorang kata sate kat sini mmg special dan sedap....aku promote je masa open house minggu lepas.
Walaupun exam dah habis tetap ada kerja menunggu...kajian kesedaran dadah di tempat kerja tak siap la...harap leh siap dalam 2 hari ni sebelum aku leh tido lena dan main bowling...rasanya dah lama tak main sejak masuk SPADA ni.

Hari ni sampai rumah nak dekat kul 6.30 petang. Keletihan menjawab 2 kertas mmg tak dapat nak gambarkan. Terasa bebanan kepala dan mengantuk pun ada....namun yang berlalu biarkan berlalu. Namun esok masih ada lagi 2 paper yang perlu dihadapi. Tugas berat menanti iiaitu paper Farmakologi dan Isu-isu Penyalahgunaan Dadah. Banyak perkataan dan perkara yang perlu diingatkan terutamanya nama ubat-ubat dan farmokokinetik yang perlu tahu....

Alhamdullillah poster yang dibuat dan dipersetujui oleh Ketua SPADA dah ada orang nak taja..so satu kerja dah selesai..esok mungkin gi printing.

5 Oktober 2009 bermula exam Spada. Walaupun assignment belum dihantar ..exam tetap exam. Namun exam kali ni mmg terasa terbeban walaupun telah banyak duduki exam....dengan kepala yang terasa banyak yang harus difikir..bukan sahaja exam ttp byk perkara yang difikirkan ...stress rasanya. Memang susah belajar dengan biasiswa ni kerana exam ini adalah prestasi tahunan...

Bagi mengurangkan stress, aku keluar petang ni, jalan2 dan cuci mata dan minum petang. Malam ni perlu buka buku semula untuk subjek Agama dan Pemulihan dan Kaunseling. Moga aku sentiasa diberi kekuatan olehNya....Harap segala urusan aku berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Amin.

;;