Sekalung Terima kasih kepada barisan AJK PIBG sekolah aku yang berusaha mengadakan jamuan sempena hari guru di Hotel Nikko pada 22 Mei yang lalu.  Aku mmg menghargai sumbangan mereka memberi penghargaan yang tidak ternilai kepada guru-guru. Semoga AJK PIBG ni terus aktif dan progresif untuk membantu sekolah meningkatkan prestasi. Syabas buat YDP PIBG , En. Rasdi, Pn Roslina, En. Razlan dan En. Said yang merupakan tunggak utama menjayakan majlis ini..Terima kasih daun keladi, tahun depan boleh anjurkan lagi...



18 Mei 2009 sekolah aku adakan sambutan hari guru peringkat sekolah... so bergaya sakan la guru2  kat sekolah pada hari tu.  Murid-murid lak tak lupa untuk membawa hadiah kepada guru-guru kesukaan mereka.  Walaupun penghargaan material yang diberikan pada hari tu, tapi pada pandangan aku, penghargaan buat aku, seorang guru adalah kejayaan anak didik, doa dan ingatan mulus (tulus ikhlas)daripada murid2nya.

Cerita bab doa ni terkenang kisah 14 tahun yang lalu...masa tu baru mula mengajar.  So cikgu baru mmg dapat kelas hujung (murid yang malas, kurang motivasi, lambat membaca dan tak tau membaca)..dulu takde kelas pemulihan ..so cikgu kelas hujung akan jadi guru pemulihan. Ni mmg cabaran untuk guru baru. So alhamdullillah dalam 8 bulan , murid-murid tu dah leh berdikari...dah ada mentor sendiri dikalangan kawan2 mereka...rajin nak belajar dan sentiasa pastikan kelas bersih. Antara yang aku ingat, Ernie mmg bermotivasi..dia la yang selalu tlg kwn2.. pastu Herianto..malas sikit tapi bab menyapu kelas ni mmg rajin. Pada tahun yang sama, aku ambil exam STPM sekali lagi....aku selalu minta mereka doakan aku berjaya dalam exam tu. Masa nak dekat ngan exam tu...aku mengulangkaji kat dalam kelas selepas bagi kerja...Apa yang membanggakan aku mereka boleh buat kerja dengan sendiri dan mentor mereka akan membantu. Aku berjaya mendapat 5P walaupun belajar sendiri dengan skor 64 unit dan aku rasa berkat doa murid-murid aku. Walaupun mereka kurang pandai tapi hati mereka mulus dan jujur. Bagi mereka perhatian daripada guru amat bermakna bagi mereka.

So kita tinggalkan sejarah lama aku ...lihat sambutan hari guru kat sekolah aku...




Kesibukan kerja-kerja sekolah membuatkan aku lupa seketika ngan blog sendiri... kesempatan ini walaupun selepas 16 Mei ..Sambutan Hari Guru..aku rasa tidak terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 di Malaysia.. Peranan guru sebenarnya amat besar ertinya dalam kehidupan manusia...mungkin untuk orang yang sedar coz sekarang ni ..segelintir parents yang kurang untuk menhargai guru.. Terima kasih buat rakan2 guru dan kakakku yang menghantar SMS dan call untuk mengucapkan Hari Guru.

Bunyi sms seawal pukul 6 daripada sahabat lama, Rastina mengejutkan aku... Thanks Ras.. semoga ko akan sembuh.... ucapan pertama aku terima. Tak lupa kepada bekas murid juga yang masih mengingatiku.. especially Anis Hazirah .... moga berjaya mencapai cita2mu. Juga kepada Aishatul, Winie, Umi (anak murid) dan juga sms tak bernama...Terima kasih juga buat rakan2 yang bukan guru...Ijan, Rosli dan Ogy yang mengingati Hari Guru.

Yang penting TERIMA KASIH CIKGU kepada cikgu2 yang sentiasa dalam ingatan aku:
PN NORMADIAH.. guru yang tak lokek nasihat
PN ZAITUN. ....guru disiplin yang amat tegas.
PN NAIMAH......guru BM yang tegas dalam lembut
DR. MARIANI....guru Biologi dan skrg menjadi penyelia untuk projek paper aku
USTAZAH NORMAH (pensyarah IPPI skrg).....guru yang memberi galakan aku dalam
permainan hoki.
PN NYONYA........ guru Sains yang sentiasa memberi motivasi
PN HALIZA........ guru akaun yang mudah faham pengajarannya
MRS LEE.......guru Maths yang tegas
MRS YEOW...... guru Maths dan guru rumah biru yang memahami minat aku
PN NAIR.......guru Geografi yang peka perubahan pelajarnya.
PN NORIZAN.....guru BM yang tegas dan tetap pendirian
MR POOI ......guru Sains semasa Tgkt 1 n 2 .
PN ROAINI....guru kelas tkgt 6 yang menggalakkan pelajarnya terus belajar
Ustazah Samsiah,Cikgu Hanim, Pn Shanmugam....guru-guru di sekolah rendah.

Terima kasih atas jasa dan bakti kalian. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Doa dan harapan aku, moga hidup kalian sentiasa dirahmati dan diberkati Tuhan.

;;