Salam Aidiladha buat semua kawan di SKTHO, SPADA, USIM dan UM. 
Sebenarnya banyak cerita yang nak update dalam blog, namun akibat kesibukan belajar banyak entri yang tak update.

Pagi ni aku menziarahi kubur arwah atok dan nenek di Jalan Ampang....Apa yang menarik dalam perjalanan ke  kubur arwah atok, aku mendengar perbualan 2 orang kanak-kanak (antara kakak umur 6 tahun dengan adiknya 5 tahun).  Kakaknya bagitau kat adik bahawa kita juga akan dimasukkan dalam kubur apabila mati nanti...dan adiknya kata dia tak nak dimasukkan dalam kubur...dan kakaknya jawab bukan sekrang tapi bila kita mati tapi tak tau lagi.....

Moralnya aku bangga anak sekecil itu tau tentang kematian dan bapanya telah mendidik mereka sejak kecil menziarah kubur tanpa rasa takut kerana kematian akan berlaku kepada setiap orang.

;;