Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan sekolah, SPADA dan UM. maaf zahir batin.

Setiap kali raya, pasti aku sibuk menguruskan persiapan sebelum raya (beli daging dan ayam serta bahan2 untuk ramuan masakan). Alhamdullillah...nasib baik bab memasak ramai yang menolong. Anak-anak sedara perempuan dari yang kecil hingga besar pula ringan tulang untuk membantu dalam menyediakan peralatan dan persiapan raya.

Raya pertama, rumah aku akan menjadi tumpuan sanak saudara kerana mak dan ayah aku adalah antara adik-beradik yang tua..so menjadi kebiasaan golongan muda akan menziarahi golongan yang tua. Bermula pukul 10 pagi hingga 10.00 malam memang tak menang tangan... tapi tak sepenat tahun2 lepas coz kakak2 ipar dan anak sedara membantu. .. selalunya kalau dah penat ..kul lapan malam aku akan tutup lampu dan kunci pagar...tak larat nak melayan tetamu. Kalau dah duduk dalam rumah...memang tak akan dengar jika ada tetamu yang datang. Tetapi raya tahun ni rasa tak penat sangat kerana semua makanan yang disediakan seperti rendang, kuah kacang, ayam bercili madu, sambal sotong dan ikan bilis, kuah lodeh, ketupat nasi dan pulut, nasi minyak, nasi impit selesai. Memang berbaloi walaupun penat dapat menjamu tetamu. Mak dan ayah aku pun gembira menerima kedatangan adik-beradik, anak2 sedara dan saudara mara. Keriangan memang jelas terpancar di wajah mereka.

Namun begitu, aku tak gemar apabila budak2 bandar ni yang suka main mercun yang bunyi macam bom meletup. Aku pun tinjau ke luar rumah..tengok2 cucu jiran aku yang main mercun tu... yang peliknya mak bapak diorang tak melarang pun.......tambah beri sokongan...hari raya katanya... padahal nenek diorang tu umur 80 tahun , jiran depan rumah tu lak umur lebih kurang umur nenek diorang....akupun terkejut2 dengar bunyi tu..ini kan nenek diorang tu.... siap cakap nenek diorang benarkan coz hari raya....entah la ....ni la generasi sekarang. Aku dengan selamba mmg tegur je diorang tu.... terus tutup lampu...kalau diaorang bersuara mmg aku suruh dia main kat putrajaya (rumah diorang tu).




















;;