Dah lama tak bersukan, so berat badan agak membimbangkan. Ada je peluang pasti aku mengambil kesempatan berjogging walaupun hanya ambil angin atau berjalan kaki. Menikmati keindahan alam dan keredupan kawasan berhampiran hutan dan pasti bertemu dengan pelbagai spesis monyet yang tidak berbahaya. Manusia yang murah hati dan ingin melihat telatah monyet pasti membawa makanan untuk monyet2 ini. Dengan cara bersopan mereka memberi makanan dengan cara menghulur dan bukan mencampak makanan kepada monyet2 tersebut. Amat terhibur melibat telatah monyet2 tersebut sambil menikmati udara segar.

Hari ini aku mendapat tempat baru dengan mendaki bukit menuju ke tempat empangan air(aku rasa)setinggi lebih kurang 50 meter. Sesak juga nafas coz dah lama tak mendaki bukit. Tempat tersebut mmg menarik dan terpaksa masuk kawasan hutan so takleh pergi berseorangan. Walaupun meletihkan namun satu pengalaman baru mendaki bukit di kota metropolitan.

Mengikut artikel yang aku baca dalam surat khabar hari ini berkaitan berjalan kaki laju memberi banyak manfaat. Antaranya ialah menstabilkan berat badan, menurunkan berat badan, mengelak serangan jantung, elak daripada strok, mencegah kencing manis, mencegah osteoporosis, meredakan sakit lutut, ubat anti stress dan mengurangkan risiko kanser payudara.

Kenyataan ini bukan berdasarkan rujukan semata-mata tetapi melalui kajian seperti kajian terhadap 70,000 pesakit di sekolah kesihatan Awam Harvard, yang berjalan purata 20 jam seminggu, risiko diserang strok menurun sebanyak 2 drp 3 kes. Begitu juga kajian tentang masalah tekanan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu. Sumber daripada Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan juga menyatakan dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 km sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal.

;;