Sasterawan Negara, Dr Muhammad Abdul Biang, 84, atau lebih dikenali sebagai Arenawati meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat barah paru-paru.

Walaupun aku kurang mendekati ngan karya2 Allahyarham tetapi gambar aku dan rakan2 bersama-sama Allahyarham mengingatkan semula detik aku melihat wajahnya on live yang selama ini hanya kenal di akhbar sahaja 3 tahun lepas dalam Konvensyen mengenai Dato Onn di Johor Baharu... namun aku terkilan kerana ketika bergambar Allahyarham meminta gambar itu dihantar kepada beliau tetapi tau la bila dah kamera digital ...alamatnya dalam laptop je disimpan...Doa aku moga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama golongan orang soleh.Amin.

Pada pandangan aku , Allahyarham mempunyai semangat patriotisme yang teguh sepertimana golongan seumur ngannya...itulah apabila keperitan dan kesusahan yang kita lalui pasti menyimpan rasa cinta terhadap sejarah dan negara.... Tapi bila mengenang generasi kini...sedih tak terkira...hilang norma kehidupan yang telah dibangunkan oleh pemimpin dahulu.Sikap meniru budaya yang tak tertentu menjadi kegilaan..apa nak jadi ntah.

;;