Tiada apa yang nak diceritakan cuma nak berkongsi bahan bacaan daripada buku Penghantar Psikologi : Satu Pengenalan Kepada Jiwa dan Tingkah laku Manusia. Buku ini sesuai dibaca oleh pendidik dalam mengenali perubahan dan tingkah laku manusia kerana kita sering bertemu dan berurusan dengan pelbagai golongan manusia yang mempunyai personaliti yang berbeza. Jom kita kongsi bersama .

Personaliti bermaksud corak pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang stabil yang boleh digunakan untuk membezakan seseorg individu dengan individu yang lain. Kecelaruan personaliti ini berlaku apabila trait2 personaliti bertukar menjadi tidak stabil , tidak fleksibel dan salah diadaptasi dan akhirnya individu akan menghadapi tekanan jiwa dan seterusnya menyebabkan masalah fungsian sosial, peribadi dan kerja.

Kecelaruan personaliti ini boleh dibahagikan kepada 4 sub-kelas iaitu :
Pertama:Ciri-ciri Personaliti Pradominan: Ganjil dan Esentrik
1.Kecelaruan Paranoid - ind. memaparkan tingkah laku ganjil spt mengesyaki org lain, tidak mempercayai org , sensitif dan selalu menyalahkan org lain.

2. Kecelaruan personaliti skidzoid - ketidakpusan hati dlm membentuk hbgan emosi yg baik ngan org lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih yg tidak ramai.

3. Kecelaruan Personaliti Skizotipal - menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial, tidak byk mengadakan hbgan peribadi yg bermakna , mengelak diri drp berinteraksi , egosentrik, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .

Banyak punca terjadinya kecelaruan personaliti ini , antaranya :
1. faktor biologikal- genetik, ketidakseimbangan hormon dan pemakanan.
2. Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai.
3. Faktor Psikososial - kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalaman2 ini menyebabkan satu trauma psikologikal yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula.

Faktor kedua hingga keempat kita akan sambung kemudian.

;;