Sempena sambutan Deepavali, Noriah telah menganjurkan perjumpaan dengan member2 lama CPR...walaupun kebanyakan kami tinggal dalam satu kawasan yang sama, tetapi jarang berjumpa... so kami telah berkumpul dan makan2 di Hotel Impiana KLCC. Turut serta ialah Puan Zaitun, bekas guru disiplin CPR....kan kami dah jadi kawan..
Walaupun tak ramai, tetap kecoh...macam dulu2 jugak...nasib baik la kat Tonka Bean Cafe tu tak ramai orang tapi makanan mmg best...dari makan keledek rebus sampai la makanan barat dan harga pun berpatutan...enjoy sungguh makan2 sambil buka cerita lama dan terkini..

Mariani yang aku hanya kenal dalam facebook, macam model lak...masa sekolah dulu mmg aku tak perasaan dia coz bukan classmate aku, Sham (junior) pula tetap sama cam dulu2, student pandai yang selalu serba salah... Faezah mmg cam model....keep maintain....Ijan, Aini, Nora dan Noriah mmg selalu aku jumpa di gerai nasi lemak Nora depan rumah aku..Cuma yang tak datang ialah Yasnani, Azizah, Ija, Bedd, dan ramai lagi la yang sepatutnya datang...sibuk dengan urusan masing2. Puan Zaitun cam biasa la...bekas guru disiplin....ramai yang kenalnya...termasuklah ex-student CPR yang turut makan di situ...
Rasanya cuti seminggu USIM ini aku manfaatkan dengan bertemu semula dengan kawan2 lama...kerana semester depan penuh dengan kesibukan di SPADA dan ada kerjayang aku belum mulakan....


Rasanya dah lama tak enjoy dapat berkumpul dengan kawan2 lama...kat dusun durian lak..Makan durian fresh ni tak sama ngan durian beli kat kedai... dusun tu lak berdekatan bandar Shah Alam dan di atas bukit lagi.... nampak pemandangan UiTM baru dan highway....

Kami gi pada Jumaat lepas, 16 Okt. Aku dan Noriah bawa bekas guru disiplin kami masa di CPR ...Pn. Zaitun Daud. Nora dan Aini pula satu kereta. Makanan disponsor oleh Aini... Kira ok la kiew tiau yang digoreng oleh surirumah. So kami makan2 sambil menikmati pemandangan indah kerana dusun tu atas bukit. Balik ke KL kami singgap kat Subang beli pokok orkid..kira hobi baru la.
Dulu masa di sekolah...kalau kami nampak je muka Pn. Zaitun mmg patah balik la....apatah lagi dengar suara.....Pernah sekali dia berleter nak dekat satu jam sebab dapat aduan daripada pengawas yang tidak disukai...pasal nak buat 'breakdance'. Masa tu Form 2 kot....apa lagi siap kena ugut la dengan Pn Zaitun tu...Tapi sekarang dah berubah..aku mmg jadi kawannya dalam persatuan Alumni MPPMKL dan hari tu saja ajak Pn Zaitun coz dia mmg tak buat apa2 pun di rumah skrg...dan mmg dia nampak enjoy dapat sertai kami.
Lepas ni dalam usaha untuk mengunjungi beberapa rumah guru CPR seperti Pn. Nyonya, Ustzah Salbiah, Pn. Normahdiah dan Pn.Naimah.




;;