Kerana Rotan adalah drama yang ditayangkan di Astro Oasis malam tadi...Kisah yang menceritakan tentang ajaran guru yang garang menggunakan rotan kerana kesalahan anak muridnya akibat mencuri. Sejak itulah 'dia' yang kini bergelar datuk berjaya dalam hidup . Namun dia kesal kerana anak lelaki tunggalnya yang terlalu diberi kasih sayang yang melimpah sehingga menemu ajal pada hari yang sama kematian gurunya kerana terlibat dalam pergaduhan...

Apa yang menarik dalam cerita ini ialah walaupun dia telah berjaya namun tetap ada kesedaran untuk membentuk anaknya walaupun telah terlambat....Ibu bapa perlu ingat terdapat 3 peringkat mendidik anak iaitu umur 1 hingga 6 tahun berilah peluang bermain kepada anak-anak....pada umur 7 hingga 12 tahun, anak-anak perlulah diberi peraturan dan disiplin dan umur anak-anak 13 tahun ke atas anggap dia seperti kawan yang boleh berkongsi masalah...dan yang paling utama adalah doa ibu bapa....doa ibu bapa membawa rahmat kepada kehidupan anak-anak....

Situasi di sekolah sekarang berlainan dengan dahulu...kita patut berpegang kepada pepatah " Melentur buluh biar dari rebung" Kekadang kanak-kanak di sekolah rendah tahu mengapa mereka didenda oleh guru..tetapi akibat ibu bapa yang takut anaknya tercedera dan kasih sayang yang melimpah ruah..akibatnya guru2 pun takut akan disaman...so jika kanak-kanak sentiasa dibela bila masa mereka nak berdikari dan berfikir tentang kerasionalan tindakan yang diambil.

Implikasinya apabila bekerja nanti....sikap memilih kerja dan jati diri yang rendah menyebabkan sukar menerima teguran dan mencari keseronokan di pusat-pusat hiburan yang dah tentu banyak buruk daripada baiknya....yang pasti pil khayal tetap ada di sana. Laporan akhbar hari ini melaporkan golongan wanita ramai yang telah terjebak dalam dadah....nah...boleh bayangkan apa yang akan berlaku pada masyarakat Malaysia akan datang jika usaha-usaha untuk membendung dan sentiasa berlembut pada generasi hari ini ...

Setiap dari kita pasti ada memori tersendiri dengan ketegasan dan sikap garang guru2 kita mendidik kita pada suatu masa dahulu...kerana rotanlah....kita juga harus ingat, antara golongan yang akan disoal dahulu adalah pemimpin...kita adalah pemimpin kepada generasi hadapan.







Setelah 2 hari iaitu hari Isnin dan Selasa lepas memerah otak dengan exam semester, so 7 Okt yang lepas, SPADA telah menganjurkan jamuan hari raya...biasa la orang yang paling sibuk dan penting adalah Ketua Program Spada, En. Abd Halim dan staff-staff yang ada, Ida, Dila dan An... kami hanya membantu apa yang perlu aje....

Cerita bab exam ni tak yah nak citer...payah juga rasanya jika soalan yang ditanya banyak melibatkan tahap pengetahuan...kena mengingat la....faham2 je la..umur2 bukan remaja ni bab2 mengingat ni susah sikit la...so paper kaunseling rasanya mmg teruk ditambah dengan 1 hari ada 2 paper pagi dan petang....lunch pun tolak tepi sbb nak ingatkan fakta yang ada dalam buku. Saat makan hati dan jiwa semasa jamuan SPADA tu seorang pensyarah berkata.."wah, ceria you all ni lepas exam ye"....tafsirkan sendiri maksud beliau....he.he.he. ..Apapun segala yang berlaku adalah pengalaman dan pengajaran buat diri aku...

;;