Tak sangka aku jadi pelajar semula. Ni dah 3 'U' aku daftar sebagai pelajar cuma bezanya belajar sekarang ni dengan tajaan KPM. Masa majlis orientasi tadi 'blur' jugak . Semua cikgu yang ada adalah kaunselor sekolah. Kira aku orang yang bertuah la. Kami terdiri daripada 25 orang yang terdiri daripada pegawai polis, kastam, pegawai AADK, Pusat Serenti, Pegawai Penjara, Pegawai Kesihatan dan guru-guru dari seluruh MAlaysia.

Bila cerita bab kuliah cam serius je..dengan jadual yang padat terutamanya Farmakologi dan 'Internship'. Kelas mula kul 9 pg tapi balik lewat la kul 4... kena ubah la jadual tuisyen dan waktu riadah aku. Takpe, hidup mesti ada cabaran dan perubahan untuk kemajuan masa depan. So aku kena tunggu Hari Isnin untuk tahu perkembangan seterusnya.

;;