Kesibukan kerja-kerja sekolah membuatkan aku lupa seketika ngan blog sendiri... kesempatan ini walaupun selepas 16 Mei ..Sambutan Hari Guru..aku rasa tidak terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 di Malaysia.. Peranan guru sebenarnya amat besar ertinya dalam kehidupan manusia...mungkin untuk orang yang sedar coz sekarang ni ..segelintir parents yang kurang untuk menhargai guru.. Terima kasih buat rakan2 guru dan kakakku yang menghantar SMS dan call untuk mengucapkan Hari Guru.

Bunyi sms seawal pukul 6 daripada sahabat lama, Rastina mengejutkan aku... Thanks Ras.. semoga ko akan sembuh.... ucapan pertama aku terima. Tak lupa kepada bekas murid juga yang masih mengingatiku.. especially Anis Hazirah .... moga berjaya mencapai cita2mu. Juga kepada Aishatul, Winie, Umi (anak murid) dan juga sms tak bernama...Terima kasih juga buat rakan2 yang bukan guru...Ijan, Rosli dan Ogy yang mengingati Hari Guru.

Yang penting TERIMA KASIH CIKGU kepada cikgu2 yang sentiasa dalam ingatan aku:
PN NORMADIAH.. guru yang tak lokek nasihat
PN ZAITUN. ....guru disiplin yang amat tegas.
PN NAIMAH......guru BM yang tegas dalam lembut
DR. MARIANI....guru Biologi dan skrg menjadi penyelia untuk projek paper aku
USTAZAH NORMAH (pensyarah IPPI skrg).....guru yang memberi galakan aku dalam
permainan hoki.
PN NYONYA........ guru Sains yang sentiasa memberi motivasi
PN HALIZA........ guru akaun yang mudah faham pengajarannya
MRS LEE.......guru Maths yang tegas
MRS YEOW...... guru Maths dan guru rumah biru yang memahami minat aku
PN NAIR.......guru Geografi yang peka perubahan pelajarnya.
PN NORIZAN.....guru BM yang tegas dan tetap pendirian
MR POOI ......guru Sains semasa Tgkt 1 n 2 .
PN ROAINI....guru kelas tkgt 6 yang menggalakkan pelajarnya terus belajar
Ustazah Samsiah,Cikgu Hanim, Pn Shanmugam....guru-guru di sekolah rendah.

Terima kasih atas jasa dan bakti kalian. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Doa dan harapan aku, moga hidup kalian sentiasa dirahmati dan diberkati Tuhan.

;;