Bagi menyiapkan tugasan Internship II..biar jauh pun di utara, aku tetap pergi. Program GEMPADAH bersama penduduk Kampung Sungai Ara, Balik Pulau bersama AADK Baratdaya merupakan pengalaman baru bagi aku......Program berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, kami berkumpulan pergi dari rumah ke rumah menyebarkan maklumat tentang pencegahan dadah dan mengajak penduduk kampung turut serta dalam program yang diadakan....letih juga dan terpaksa berpanas berjalan dari rumah ke rumah...lebih kurang 40 buah rumah....Bayangkan setiap rumah yang dikunjungi akan diberi penerangan tentang bahaya dadah bertujuan menyedarkan masyarakat tentang ancaman dadah dan peranan masyarakat dalam memerangi dadah. Penerimaan orang kampung terhadap kunjungan kami amat dialu-alukan dan menyokong kerja yang kami lakukan...

Ini la kelebihan belajar di SPADA .....dapat menimba pengalaman baru dan berinterasi dengan masyarakat dan memberi keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai....rasanya cam terlibat ngan politik lak.......memang cita-cita dulu2 nak jadi wakil rakyat. di samping itu dapat berkenalan dan bekerjasama dengan staff AADK Baratdaya Balik Pulau. Akhirkata ...SAY NO TO DRUG...Hargai diri...sayangi keluarga dan masyarakat perihatin.....pencegahan awal penyalahgunaan dadah..pesanan untuk semua.






;;