Amat menyedihkan dan terkilan tengok asrama universiti yang menempatkan student Matrikulasi yang tak ada tahap keselamatan.....Kat sekolah kita sibuk bab sekolah selamat dan 3K tapi bila bebudak pandai masuk U je keadaan bilik lebih teruk daripada asrama sekolah. ... Cuba la gi mana2 asrama sekolah ... dah banyak takde katil 2 tingkat ni........ ni serupa zaman dulu masa aku kat U.....sedih.......bila difikirkan....parents diarong ni tak buat aduan ke ..... atau tak kisah janji anak diorang dapat U...... dan pihak U tak PRIHATIN ke tahap keselamatan bebudak ni.... dah la kipas dekat ngan hujung katil ....apa2 leh berlaku.... contohnya ngigau ke malam2 dan bangun tak sedar ....leh pecah tempurung kepala......cam berita dalam Metro minggu lepas .......bila dah terjadi baru la semua sedar....dah tu lantai berlubang lak........ aku rasa diorang tak perasaan dengan PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) antaranya membangunkan modal insan..... bukan setakat nak bagi pelajar ni belajar tapi tempat belajar biar la selesa..... cerita bab kipas yang merbahaya ni aku rasa dah wujud sejak kampus ni dibuka .... walaupun dah tukar ke Gombak kipas tu camtu jugak.....harap2 Menteri Pengajian Tinggi dapat pantau la kejadian ni.... masuk dalam surat khabar ke atau siarkan daam Tv3 suruh Karam Singh buat liputan.... masa tu agaknya pihak U tu ambik tindakan.

Cerita pertama :
Hari semasa hantar abang aku gi Mekah.... aku pun 'parking' la kereta berhadapan rumah yang berdekatan Kompleks Haji Kelana Jaya....rasanya tak la mengacau parking tuan rumah..... balik rumah je sedar2 kereta dah kena gores... ni bukan gores dan menang.... walaupun hati aku terbakar dan terguris mengenangkan kereta yang telah dicacatkan orang... yang tak tahu berbahasa dan berbicara ... tapi apo nak dikato... Aku rasa golongan ni yang tak ada perasaan dan terlebih emosi ni yang suka sangat gores kereta orang dah lama makan hati... tapi tak tau ngape.?????

Cerita kedua:
Masa ni aku tak sedar lagi kereta dah kena calar...aku drive kereta ke Kajang untuk ambik 'maid' abang aku untuk balik ke rumah ..... malang tak berbau ... selepas highway Puchong... tayar belakang kereta aku tiba2 pancit...... panik juga masa tu... tapi nasib baik la kawasan tu terang sikit dan tak terbabas kerana aku memang drive laju ....... Dalam kepayahan tu la nasib baik ada khidmat breakdown toyota..... tapi jenuh juga menunggu. Dalam pada menunggu tu.... aku lihat sebuah motosikal tetiba berhenti cam motornya rosak... pastu dia pasang lampu motornya.....lebih kurang 15 minit kemudian dia berpatang balik.... suspen juga aku ketika itu.... banyak kebarangkalian leh berlaku...... Bila tengok tayar pancit tu bukan kena paku tapi dah terkopek leh masuk jari.....sah esoknya kena ganti tayar baru.....tak terkata.

Lama dah tak tulis kat blog.. Sekarang ni terasa sangat waktu terlalu pantas berlalu.... sebelum cuti banyak kerja perlu dibereskan di samping jadi penjaga kepada 4 orang anak buah kerana abang dan kakak ipar gi buat haji. .... susah juga nak pegang amanah nak jaga anak orang... tapi anak buah yang tahun satu tu okay la....dengar kata... cuma yang dah remaja ni... kena guna psikologi ....tapi alhamdullillah ... semuanya berjalan lancar.

;;