Minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk urusan penyerahan tugas. Harap aku dapat siapkan segala tugasan aku. Pemeriksaan kesihatan dan buka akaun Bank Islam dah aku selesaikan, so urusan untuk mendaftar dah hampir selesai. Aku bersyukur dapat menyambung belajar di USIM dengan HLP setelah banyak permohonan untuk memohon jawatan di BPG dan IPG tiada jawatan. Aku akan keluar dari sekolah sekarang dan belajar sepenuh masa. Rasa sedih juga untuk tinggalkan sekolah tu walaupun banyak kenangan yang sukar dilupakan. Tapi kita harus mencari peluang yang ada. Biar ada suara sumbang yang kedengaran selepas ini aku tak kisah lagi. Anyway terima kasih kepada GB dan PK1 aku yang telah memberi peluang untuk aku memegang tanggungjawab yang sememangnya aku minat di sekolah cuma lum nampak kejayaannya.

Tadi di sekolah ada ceramah khas ... dan pastu menghabiskan hari-hari di sekolah dengan kawan2 yang ada. Walaupun aku ada kat sekolah tetapi fikiran aku di tmpt lain. Banyak yang aku fikirkan..takut kerja tak siap...Bar ajak keluar makan mlm ni pun aku takde mood. Harap dia faham. So ingat nak g jogging pagi esok untuk memulakan hari baru...

;;