Kesian dan simpati apabila isu tunggakan RM57 murid di sekolah SK Tarcisian Convent, Perak diperbesarkan dalam akhbar.  Mungkin RM57 adalah perkara kecil atau besar bagi sesetengah orang tapi apabila RM57 dibahagi 10 bulan atau 12 bulan, nilainya menjadi lebih kecil. Ini bermakna ibu bapa atau murid tersebut perlu membayar lebih kurang RM5.70 sebulan...Makan tengah hari pun kekadang melebihi nilai tersebut.. Tunggakan itu menyebabkan murid tersebut tidak mendapat slip keputusan UPSR.

Tunggakan menyebabkan seseorang murid tidak mendapat slip keputusan amat disokong kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada murid-murid yang tidak berkemampuan. Ibu bapa tidak perihatin dan sering menyalahkan pihak sekolah menyebabkan perkara sebegini terjadi.. Kekadang bantuan yang diberi kepada murid telah disalahgunakan oleh ibu bapa untuk keperluan lain bukannya untuk murid tersebut.  Ada bapa yang sanggup tidak mengistiharkan isteri bekerja untuk menunjukkan pendapatan yang rendah agar mendapat bantuan. Malahan untuk bantuan pelajar miskin bila disuruh ibu/bapa datang ke sekolah untuk mengambil wang didapati memiliki handfon dan bergelang emas.... persoalannya mampukah ibu bapa yang miskin memiliki handfon atau memakai barang kemas...? Mengapa kemudahan itu digunakan untuk keperluan anak-anak mereka yang bersekolah.

Harap isu-isu lapuk sebegini jangan la diperbesarkan untuk mencari publisiti murahan...jangan menyalahkan pihak sekolah yang telah banyak memberi perkhidmatan dan pendidikan kepada murid-murid demi kecemerlangan murid-murid....keadaan seperti ini seperti meludah ke langit balik ke muka sendiri..Peranan dan pengorbanan serta kerjasama  ibu bapa penting dalam merealisasikan kecemerlangan anak-anak.

;;