Sasterawan Negara, Dr Muhammad Abdul Biang, 84, atau lebih dikenali sebagai Arenawati meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat barah paru-paru.

Walaupun aku kurang mendekati ngan karya2 Allahyarham tetapi gambar aku dan rakan2 bersama-sama Allahyarham mengingatkan semula detik aku melihat wajahnya on live yang selama ini hanya kenal di akhbar sahaja 3 tahun lepas dalam Konvensyen mengenai Dato Onn di Johor Baharu... namun aku terkilan kerana ketika bergambar Allahyarham meminta gambar itu dihantar kepada beliau tetapi tau la bila dah kamera digital ...alamatnya dalam laptop je disimpan...Doa aku moga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama golongan orang soleh.Amin.

Pada pandangan aku , Allahyarham mempunyai semangat patriotisme yang teguh sepertimana golongan seumur ngannya...itulah apabila keperitan dan kesusahan yang kita lalui pasti menyimpan rasa cinta terhadap sejarah dan negara.... Tapi bila mengenang generasi kini...sedih tak terkira...hilang norma kehidupan yang telah dibangunkan oleh pemimpin dahulu.Sikap meniru budaya yang tak tertentu menjadi kegilaan..apa nak jadi ntah.

GONG XI FA CHAI... buat rakan2 berbangsa Cina...
kawan masa kat USM , Wee..yang mempunyai semangat setiakawan yang kental;
rakan sepejawatan , Teo Mei Choo ,dan Lee Siew Chin...baik dan menghargai kawan;
rakan di Um, Wong Cheng Wan,dan Kee Kooi Ling...yang tak kenal erti kekalahan
dan pensyarah yang dedikasi ..Dr. Loh Sau Cheong.

MENGHARAPKAN kecemerlangan anak dalam pelajaran atau kerjayanya menjadi sebahagian impian ibu bapa. Banyak perkara perlu dilakukan mereka dalam menjana kecemer langan anak. Bermula dengan peranan mendidik ketika anak masih kecil di rumah, ibu bapa model terbaik yang perlu dicontohi anak-anak.Berikut antara peranan yang perlu dimainkan ibu bapa:
1. Memberi semangat.
2. Memberi dorongan.
3. Memberi galakan.
4. Memberi perangsang.
5. Mengambil berat.
Semua elemen itu hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah dan bijaksana.

'Petikan daripada Metro"

Apa yang membuat aku terpanggil untuk mengulas berita ni coz sikap segelintir ibu bapa sekrg membuatkan aku jadi pening....sepatutnya setiap ibu bapa harus ada ilmu keibubapaan dalam konteks menentukan kejayaan anak2.... mungkin ibu bapa berjaya dalam mendidik anak di rumah tetapi berbeza dengan kontek guru di sekolah. Pengalaman aku sebagai guru...dalam melihat kejayaan anak2 murid berjaya dalam kerjaya dan pemilihan masa depan apabila ibu bapa mempunyai ciri2 seperti di atas...

Antara pengalaman ibu bapa murid2 aku yang anak mereka berjaya adalah...
1) Apabila anak balik rumah...ambil berat tanya apa yang anak buat di sekolah...
2) jika anak merungut kerja sekolah yang banyak ...beri anak itu perangsang dan dorongan...
3) jika anak tu dimarahi guru...selidik dahulu dan beri nasihat....
4) Bantu anak dalam pelajaran...walaupun ibu bapa tak sekolah tinggi sokongan ibu bapa akan menguatkan anak-anak untuk berjaya dan mempunyai cita2 tinggi
5) beri peluang anak berfikir...biar dia beri pendapat...
6) Jika guru anak garang atau tegas.....beri penjelasan pada anak mengapa guru perlu tegas..
7) Masalah anak di sekolah...biar anak atasi sendiri di sekolah dengan bimbingan ibu bapa...bukan menjadi batu api untuk menambah sakit hati dan timbul dendam...

So ibu bapa perlu la fahami tugas guru....dan peranan anaknya sebagai murid....zaman sekrg ni kalau murid hari ni terlalu dimanjakan ....dikasihi tanpa kerja rumah....biarkan saja kalau tak buat kerja rumah...musnah jati diri anak tu bila dewasa ...rosak masyarakat ...rapuh nilai dan harga diri...akan hilang bangsa ..
so iktibar sejarah harus kita hayati dan fahami....sekali identiti bangsa musnah ...beribu tahun perlu dibangunkan...akan jadi hamba kepada negara sendiri..bahkan pengemis di bumi sendiri.
Hargai dan berterima kasih kepada pengorbanan pahlawan dan pemimpin terdahulu...demi bangsa ...nyawa sanggup dipertaruhkan...wang ringgit sanggup digadaikan...maruah dipertahankan...demi mendaulatkan bangsa dan membina sebuah negara.....Dengan ini baru la kita tahu tugas dan tanggungjawab kita masing2.

;;