Part 1

Nak mengata kan tambah dosa...
nak mengadu ..aku bukan jenis begitu...
nak kesembur ngan kata-kata ..aku dah tak kuasa
nak menangis dah takde air mata..
nak bising2 ...apa lak orang kata...
rasa nak ku tangan aje...biadap rasanya
nak diam ....aku juga yang merana dan terseksa...arrhh

Makan hati ngan karenah bebudak2 dan orang tua..
syukur kesabaran masih ada..
...asyik aku yang kena jaga hati orang ....
bila orang mengata...aku cuba membela...
akhirnya makan hati ...terluka bila orang tak kenang budi...
akhirnya kesabaran aku hilang....dengan kata-kata tak menghargai...
kalau masa boleh berputar kembali...aku takkan ambik tanggungjawab ini....
biarlah apapun berlaku asal hati aku bahagia..

Part 2

Ingin rasanya aku pergi jauh...
lupa segala luka dan lara...

kemelut ni biar pun nampak kecil..
tapi hanya aku yang tau..
betapa aku merasai kesan dalam diri...
sesungguhnya aku insan kerdil...yang serba kekurangan..

Harapan moga keimanan dan kesabaranku tetap utuh...
mungkin segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
hanya Engkau yang maha mengetahui..


Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa seharusnya menginsafkan kita...aku amat simpati dan empati dengan mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh...trauma pasti memberi kesan dalam hidup mereka terutamanya kanak-kanak..
Mungkin gambar2 ni kita dah tengok kat s/khabar tapi melihat sendiri tempat kejadian dapat memberi gambaran yang jelas.
Aku berkesempatan melihat kawasan kejadian kerana kebetulan aku ke rumah Mak Su aku yang berdekatan dengan kawasan tersebut.....Bayangkan rumah yang kukuh dan tersergam indah boleh gelongsor ke tempat lain ....dan sepanjang ke kawasan itu pula kelihatan bonglow2 yang kosong dan halaman rumah penuh lumpur....telah hilang keceriaan yang mereka miliki selama ini......semoga mereka tabah dengan cabaran yang dihadapi.

;;