mungkin aku tak berkira....banyak tenaga dan muda
Setelah lebih kurang 10 tahun aku tak beraya bersama classmate CPR, so kami bertemu semula di rumah Nora (gambar berdiri sebelah kiri). Banyak cerita lama dan semasa dibualkan. Masing2 dah berubah baik dari segi fizikal mahupun perwatakan. Walaupun selalu berinteraksi melalui FB, malam tadi kami berborak sakan tapi ada limit coz mereka datang bersama keluarga (suami dan anak2). Anyway thanks Nora krn sanggup bersusah payah walaupun last minute. Kita jumpa di majlis Reunion nanti ye.

Dalam subjek kaunseling kami diminta membuat sesi kaunseling individu. Sebagai klien aku cuba membantu rakan aku yang jadi kaunselor berbincang tentang kisah ayah yang kurang sihat. Biasa la dalam sesi kaunseling kita akan bercerita secara mendalam. ...Apabila pensyarah yang banyak pengalaman dalam kaunseling ni memang senang nak 'makan jiwa orang'. Refleksi perasaan yang digunakan untuk membetulkan rakan aku sebagai kaunselor tu ..secara tidak langsung menrefleksi aku sekali....
Mula2 tu aku dapat kontrol ...buat makenisme helah bela diri...buat gelak2 je...nampak selamba...tapi apakan daya ...ilmu kaunseling yang dimiliki menyebabkan air mata bergenang di kelopak mata. .. So pensyarah tu tanya"Awak nak menangis ke yati?" Apa lagi ...masa tu la air mata aku mengalir....kantoi...mengeluarkan air mata di dalam kelas..... aku amat sedih dan malu ketika itu dengan refleksi perasaan yang dibuat oleh pensyarah tu... Beliau cuba nak meneroka tapi cepat2 aku minta diri untuk keluar kelas. Beliau cuba nak 'rawat' emosi aku...tapi aku tak bersedia untuk berkongsi cerita...Lepas kuar kelas aku ambik kunci kereta balik rumah ambil purse dan handfon aku yang kebetulan aku tak bawa pagi tadi. Kesedihan aku hilang setelah aku balik ke rumah. Pastu masuk kelas muka cam tak berlaku apa2.
Namun terima kasih kepada As dan MasNiTa yang keluar dari kelas beberapa minit selepas tu untuk melihat situasi aku ketika itu. Korang berdua memang 'Born kaunselor'. Amat memahami diri orang lain...