Doa dan harapan aku semoga ngan kedatangan tahun 2009 Allah akan terus melimpahkan nikmat kesihatan, rezeki, keberkatan dan kekuatan iman dalam menempuh segala kehidupan yang mendatang.,Moga impian aku menjadin kenyataan...Amin..

Dah lama tak gi sekolah...boleh kira berapa kali aku ke sekolah cuti ni walaupun jarak rumah ke sekolah kurang drp 5km...kali terakhir masa aku try guna maxis b/band untuk present ttg Eduwebtv dalam meeting hari ni...tapi tak dapat...so aku terangkan guna p/point je..

Episod baru sekolah akan bermula...harapan tahun baru ni memberi penghijrahan minda buat semua guru supaya kita dapat berfikir 'out of box ' yang dapat menjana minda yang lebih bermakna bukan sahaja untuk diri ttp anak bangsa...bukan memikirkan kepentingan diri semata2....

Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini akan memberi satu penghijrahan buat diri aku...itu la harapan....harap apa yang menjadi impianku akan tercapai...

Pada penghujung cuti juga aku n famili menghabiskan cuti di Ilham PNB , Port Dickson....Nampak la keceriaan ayah dan emak aku yang tak berpeluang berjalan cuti ni akibat kesibukan menguruskan 4 orang anak abg aku yang gi haji.....Walaupun tak banyak aktiviti yang dibuat selain daripada BBQ dan kesempatan anak2 sedara aku mandi swmpool, tapi ni peluang kami adik beradik dan ipar duai bersama2 . Selalunya kalau kat rumah aku , diorang akan balik tido rumah masing2...so banyak la gosip dan cerita2 menarik .

Esok, 30 Dis merupakan satu episod baru dalam sesi persekolahan tahun depan...MEETING ..tak tau apa tugasan aku di sekolah tahun depan...selalunya tak berubah...so tak nampak suatu penghijrahan...kalau aku lah dalam barisan pentadbiran...sebenarnya banyak yang perlu dibuat perubahan di sekolah aku tu.... banyak yang out of dated....keadan zon selesa ni menyebabkan aku juga terikut2 dengan budaya sekolah....ramai cikgu yang berpotential...diketepikan dan buat jadual pun minta tolong orang luar...sampai bila nak merdekakan minda...kata nak minda kelas pertama...kekadang aku frust sebenarnya...banyak la kalau nak cerita..kadang2aku pun tak faham.....tapi apakan daya...aku hanya menurut perintah...malas nak berbicara...kang buka mulut dikatakan berlagak lak....so tunggu je la apa yang dapat esok....tapi cam tak sedap hati je..

mengapa manusia tak boleh menerima realiti kehidupan yang sebenar?...aku rasa kita patut bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita....walaupun setiap manusia mempunyai pandangan masing2 kerana manusia itu diberi akal untuk berfikir tetapi tidak memahami atau sengaja tak memahami realiti sebenarnya....Aku rasa ini berkaitan dengan anxieti yang sebenarnya membentuk personaliti seseorang yang menggabungkan perasaan takut, runsing, bimbang risau, gelisah , khuatir dan pelbagai emosi yang lain. Ini berlaku tanpa sebab2 yang nyata dan sukar diketahui oleh individu berkenaan. Namun bagi mengawal anxieti ego membentuk cara mengawal diri yang dikenali sebagai mekanisme bela diri.

Mungkin individu tak sedar terdapat mekanisme ni....kerana apabila seseorang mengalami anxieti, bermakna sesuatu pengalaman yang berada dalam alam tidak sedar akan wujud dalam bahagian alam sedar dan ego memainkan peranan mengaktivasikan mekanisme ini yang paling sesuai bagi situasi individu tersebut..Keadaan tidak dapat menerima realiti kehidupan sebenarnya boleh kita anggap sebagai mekanisme bela diri pindahgantian (displacement) di mana individu untuk memuaskan sesuatu motif yang tidak dapat dipuaskan dengan cara asal dipuaskan dengan cara lain supaya dapat memuaskan hatinya...

Ntah mengapa aku boleh bercerita tentang mekanisme bela diri ni ..kalau nak bercerita tentang psikologi ni mmg panjang ....tetapi sebagai manusia kita tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kita miliki...so cara hidup sederhana dan menghargai realiti menjadikan kita tenang dan menerima realiti hidup dengan cara kita .....hanya kita yang dapat menentukan kehidupan kita...walaupun kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segala2nya.


Dah lama aku tak gi UM....kelas pun dah abis ..tengah nak abihkan project paper yang tak abis2...ntah la ..aku pun tak tau mana semangat kental aku dulu untuk sambung pengajian hingga Phd....so untuk bina kembali semangat lama tu aku n Indra (kawan baik aku kat UM) gi la ikuti "Conference on Research in Education" anjuran Fakulti Pendidikan UM .. RM100 selama 2 hari (22-23 Dis) ....Terbeliak biji mata dan terbuka luas telinga coz semua pembentangan dalam BI...dah la tu...kebanyakan peserta pelajar PHD....rasa kecik berada dalam kelompok tu. hari pertama aku mengalah juga coz tak sanggup menahan sakit kepala... mendengar pembentangan kajian dan tajuk pun tak berkaitan ngan bidang aku... tapi sesuatu yang baik ...aku mula dapat idea untuk project paper aku..

Hari kedua ..kira ok coz dah bersedia dengar pembentangan kajian... tajuk pun menarik seperti School Based Management, Bogging: An ESL Writing Practice dan Cultural Influences on Creativity . Tadi malu gak aku bila bertembung ngan Prof Dr. Mariani..supervisor project aku....ngaku je ppaper tak siap ...jumpa sem depan... Prof ni sebenarnya bekas cikgu Biologi masa aku form 5...tapi dia kejap je ajar then aku dengar dia gi oversea sambung belajar. Masa tu aku tak serius ngan study ...asyik dengan hoki..state player n cita2 nak main untuk Malaysia .... tu yang lambat sambung belajar ...nyesal2....

Tadi.. bila berada dalam konferen tu...aku membayangkan bila lak aku akan jadi pembentang kajian ...cam Prof Dr. Mariani,Dr Loh, Prof Dr. Noraini, Dr Quek , Dr. Ibrahim., ...eh berangan lak aku...tapi kadang2 angan2 akan menjadi kenyataan ...harap2 gitu la.Tamat konferen pun lewat so tak jadi nak tengok sepupu jauh mak aku kat Tawakal dalam icu...jalan jem giler ...doa dan harapan aku semoga Mak cik Minah cepat pulih seperti biasa. Amin.

Part 1

Nak mengata kan tambah dosa...
nak mengadu ..aku bukan jenis begitu...
nak kesembur ngan kata-kata ..aku dah tak kuasa
nak menangis dah takde air mata..
nak bising2 ...apa lak orang kata...
rasa nak ku tangan aje...biadap rasanya
nak diam ....aku juga yang merana dan terseksa...arrhh

Makan hati ngan karenah bebudak2 dan orang tua..
syukur kesabaran masih ada..
...asyik aku yang kena jaga hati orang ....
bila orang mengata...aku cuba membela...
akhirnya makan hati ...terluka bila orang tak kenang budi...
akhirnya kesabaran aku hilang....dengan kata-kata tak menghargai...
kalau masa boleh berputar kembali...aku takkan ambik tanggungjawab ini....
biarlah apapun berlaku asal hati aku bahagia..

Part 2

Ingin rasanya aku pergi jauh...
lupa segala luka dan lara...

kemelut ni biar pun nampak kecil..
tapi hanya aku yang tau..
betapa aku merasai kesan dalam diri...
sesungguhnya aku insan kerdil...yang serba kekurangan..

Harapan moga keimanan dan kesabaranku tetap utuh...
mungkin segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
hanya Engkau yang maha mengetahui..


Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa seharusnya menginsafkan kita...aku amat simpati dan empati dengan mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh...trauma pasti memberi kesan dalam hidup mereka terutamanya kanak-kanak..
Mungkin gambar2 ni kita dah tengok kat s/khabar tapi melihat sendiri tempat kejadian dapat memberi gambaran yang jelas.
Aku berkesempatan melihat kawasan kejadian kerana kebetulan aku ke rumah Mak Su aku yang berdekatan dengan kawasan tersebut.....Bayangkan rumah yang kukuh dan tersergam indah boleh gelongsor ke tempat lain ....dan sepanjang ke kawasan itu pula kelihatan bonglow2 yang kosong dan halaman rumah penuh lumpur....telah hilang keceriaan yang mereka miliki selama ini......semoga mereka tabah dengan cabaran yang dihadapi.

;;