Setelah 2 hari iaitu hari Isnin dan Selasa lepas memerah otak dengan exam semester, so 7 Okt yang lepas, SPADA telah menganjurkan jamuan hari raya...biasa la orang yang paling sibuk dan penting adalah Ketua Program Spada, En. Abd Halim dan staff-staff yang ada, Ida, Dila dan An... kami hanya membantu apa yang perlu aje....

Cerita bab exam ni tak yah nak citer...payah juga rasanya jika soalan yang ditanya banyak melibatkan tahap pengetahuan...kena mengingat la....faham2 je la..umur2 bukan remaja ni bab2 mengingat ni susah sikit la...so paper kaunseling rasanya mmg teruk ditambah dengan 1 hari ada 2 paper pagi dan petang....lunch pun tolak tepi sbb nak ingatkan fakta yang ada dalam buku. Saat makan hati dan jiwa semasa jamuan SPADA tu seorang pensyarah berkata.."wah, ceria you all ni lepas exam ye"....tafsirkan sendiri maksud beliau....he.he.he. ..Apapun segala yang berlaku adalah pengalaman dan pengajaran buat diri aku...

Syukur..exam dah selesai walaupun susah benar nak hadapinya...Aku sampai rumah dah kul 7.40 mlm setelah aku dan beberapa orang kawan Spada gi Satay Station makn sate dan mee rebus....diorang kata sate kat sini mmg special dan sedap....aku promote je masa open house minggu lepas.
Walaupun exam dah habis tetap ada kerja menunggu...kajian kesedaran dadah di tempat kerja tak siap la...harap leh siap dalam 2 hari ni sebelum aku leh tido lena dan main bowling...rasanya dah lama tak main sejak masuk SPADA ni.

Hari ni sampai rumah nak dekat kul 6.30 petang. Keletihan menjawab 2 kertas mmg tak dapat nak gambarkan. Terasa bebanan kepala dan mengantuk pun ada....namun yang berlalu biarkan berlalu. Namun esok masih ada lagi 2 paper yang perlu dihadapi. Tugas berat menanti iiaitu paper Farmakologi dan Isu-isu Penyalahgunaan Dadah. Banyak perkataan dan perkara yang perlu diingatkan terutamanya nama ubat-ubat dan farmokokinetik yang perlu tahu....

Alhamdullillah poster yang dibuat dan dipersetujui oleh Ketua SPADA dah ada orang nak taja..so satu kerja dah selesai..esok mungkin gi printing.

5 Oktober 2009 bermula exam Spada. Walaupun assignment belum dihantar ..exam tetap exam. Namun exam kali ni mmg terasa terbeban walaupun telah banyak duduki exam....dengan kepala yang terasa banyak yang harus difikir..bukan sahaja exam ttp byk perkara yang difikirkan ...stress rasanya. Memang susah belajar dengan biasiswa ni kerana exam ini adalah prestasi tahunan...

Bagi mengurangkan stress, aku keluar petang ni, jalan2 dan cuci mata dan minum petang. Malam ni perlu buka buku semula untuk subjek Agama dan Pemulihan dan Kaunseling. Moga aku sentiasa diberi kekuatan olehNya....Harap segala urusan aku berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Amin.


Kekadang aku rasa bosan, marah dan kecewa
yang sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama
tetapi boleh buat selamba ...
alasan penat bekerja.....
itu belum bagi urusan menjaga orang tua...
Kekadang aku tak faham situasi yang ada..
atau apa yang diorang fikir dalam kepala..
macam aku je ada masa....takde kerja...senang sentiasa...
so segala urusan aku yang usaha...
Sampaikan aku kat luar rumah pun...
call dan tanya kat mana aku berada
bila balik rumah masyaAllah ramai yang ada
tapi kena tunggu pulang juga
kena buat tugas yang ada
mungkin aku tak berkira....banyak tenaga dan muda
Kekadang aku rasa nak duduk jauh di hujung dunia
biar mereka rasakan pula tugas yang sepatutnya
mereka patut pikul bersama
bukan aku nak berkira
tapi bila serabut dalam kepala
orang lain berkira memang rasa tak selesa
Kekadang aku rasa dari urusan di dapur
hingga la jadi drebar di bawah tanggungan
walaupun banyak urusan kerja terpaksa aku lupakan
walaupun kepala sarat dengan bebanan...
terpaksa tanggung sendirian..
walaupun ada urusan perbadi... kena ketepikan
kerana tugas harian adalah tanggungjawab
yang duduk di bawah jagaan.....adilkan?

Setelah lebih kurang 10 tahun aku tak beraya bersama classmate CPR, so kami bertemu semula di rumah Nora (gambar berdiri sebelah kiri). Banyak cerita lama dan semasa dibualkan. Masing2 dah berubah baik dari segi fizikal mahupun perwatakan. Walaupun selalu berinteraksi melalui FB, malam tadi kami berborak sakan tapi ada limit coz mereka datang bersama keluarga (suami dan anak2). Anyway thanks Nora krn sanggup bersusah payah walaupun last minute. Kita jumpa di majlis Reunion nanti ye.


Ini la hasil tangan bebudak yang datang rumah aku semasa raya semalam. Habis kolam air panjut kat halaman rumah sumbing. Nak marah budak2 umur 5 dan 6 tahun pas tu anak2 saudara sepupu lak tu...apo nak di kata..biasa la adat beraya...mesti ada yang pecah...tak gelas atau bekas kuih raya. Banyak la gelagat budak2 yang leh tengok bila datang beraya...cam kat umah mereka takde benda2 ni....main buaian cam kat tman permainan, lari kuar masuk rumah..dan tempat yang dia diorang suka masuk ialah bilik air.

;;