Walaupun sekarang bosan tahap gaban tapi live must go on...bak kata pepatah Indon 'Khalifah lalu anjing mengonggong (menyalak)... tu kata Maid aku...Biarkan Si luncai terjun ngan labu2nya....biarkan..biarkan....Iyekan aje...tak rugi ape.....

Tapi tak semestinya bosan akan hilang mood...teringat pesanan pakar motivasi ...kalau kita bosan ..ubah situasi diri jadi positif..hanya kita je yang leh mengatasinya..So aku cuba ceriakan hidup aku ngan gi Perpustakaan Negara(PNM)..nak pinjam novel..walaupun baru beli 2 novel pada hari Ahad lalu di pesta buku. ...dan baru aku teringat buku tak pulang lagi yang aku pinjam sejak Disember lalu...Dah tentu denda berpuluh ringgit untuk 3 buah buku tu...tetapi nasib aku bertuah hari ini kerana PNM adakan kempen MINGGU PULANG BUKU BEBAS DENDA....bebas la aku daripada membayar denda lewat pulangkan... Alhamdulillah.. kalau tidak terbang duit RM36 bayar denda lewat hantar. Menarik juga kempen yang PNM adakan ..kalau tak krn ada hal petang tadi pasti aku akan duduk lebih lama kat PNM tu...hilang gak tension aku..

2 Comments:

  1. znorisa said...
    ..bagi sesiapa yang asik dok komplen boring, bosan, tak tahu nak buat apa tu sememangnya PNM tempat yang paling sesuai utk dikunjungi. Dah ler pinjam buku free,lepak pun tempat ber'air-cond',suasana aman damai lak tu. Byk pengetahuan yg boleh diperolehi. Budak2 yg suka melepak tu seeloknya habiskan masa kat PNM. Tapi nak peringat gak.. buku2 tu HAK MILIK KERAJAAN wey.. jagaler sket bila meminjam...;-)
    znorisa said...
    walau boring, bosan, sedih, kecewa atau apa saja rasa yang -ve tu... yang pasti masa akan tetap berlalu pergi, hari akan terus berganti dan kita akan tetap melangkah meneruskan perjalanan ini. mengapa harus kita letakkan perasaan kita sedemikian rupa.. sedangkan kita mampu mencipta rasa bahagia untuk diri kita.

Post a Comment