Pengalaman baru dengan mengetahui bidang farmakologi. Ia berkaitan dengan farmakokinetik dan farmakodinamik iaitu mengkaji apa yang badan buat kepada dadah dan apa yang dadah buat terhadap badan. Namun begitu rasa seronok juga dan subjek yang agak menarik dengan pendekatan yang digunakan oleh pensyarah (doktor) dari PPUKM...kira beliau faham yang kami bukan student perubatan. Namun rasanya susah sikit nak faham sebab subjek baru untuk kami.

Kami juga membuat persediaan untuk lawatan ke pantai timur, utara Semenanjung untuk melawat pusat rawatan pemulihan dadah serta perancangan lawatan ke pusat rawatan pemulihan di luar negara. Bukan untuk makan angin. Semua ini adalah tugasan yang perlu dibereskan. Nampak seronok tapi banyak tugasan yang menunggu....

0 Comments:

Post a Comment