Malam ni aku dah tak tahan sabar dengan jiran yang buat bisnes kereta tu.  Sekarang ini setiap inci kawasan di hadapan rumahnya, kawasan bertentangan dengannya dan kawasan berhadapan rumah aku  telah menjadi miliknya sehinggakan kereta diparking sewenang-wenangnya di hadapan rumah orang (bukan rumah aku).  Semenjak aku cuti ni, setiap hari aku akan mengarahkan pelanggannya supaya tidak parking di kawasan hadapan rumah aku. Macam dah jadi kerja baru sebagai 'jaga' atau parking attenden lak... .kerana jikalau teguran itu dari mak atau maid aku, diorang akan buat tak tau sahaja (buat kering je).  Kalau aku tak tegur, pelanggan tu terus parking kat situ...sapa yang tak sakit hati...

Setiap hari aku akan melihat ramai orang yang tidak dikenali termasuk la negro (Mat Hitam) datang ke rumahnya dan kekadang bersidai di tepi jalan....Keadaan ini menjadikan aku rasa tidak selamat dan tidak tenteram....dan kawasan menjadi sesak dengan kereta pelanggannya dan kereta di jalanan.

Situasi ini menyebabkan aku dah tak tahan...mentang2 la aku perempuan mmg dia buat dek je..Tu lum kira gejala sosial yang berlaku di situ...aku malas nak mengadu kalau dia jenis menghormati jiran...tapi semakin hari semakin dia bermaharajalela...kawasan orang dah jadi kawasan dia...rasanya sebab dia rasa dia banyak duit....MPAJ telah datang banyak kali tetapi tiada tindakan dibuat....sebelum dia berakar umbi, aku rasa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kerana kawasan aku tu adalah kawasan perumahan bukan perniagaan.

Malam ni aku punya la marah apabila aku balik rumah, ternampak kereta dia parking berdekatan dengan pagar aku...pas tu kon yang aku letak dah dialihkan. Bila aku marah, dia boleh marah aku balik kerana tak cakap baik2....dia kata dia baru parking 5 minit...dia kata 'cakap la alihkan kereta, nanti dia alihkan la' pastu dia jawab dia ingatkan aku dah tido...waktu tu jam baru kul 10.00... Boleh bayangkan la bila dia dah kuasai semua tempat di kawasa tu  pada masa hadapan....

Hari sebelumnya lak, bila ada kereta dia yang parking kat kawasan aku, bila aku tanya..diaorang leh cakap tak tau...mana la tak sakit jiwa....Aku rasa prinsip diorang  buat kering je..bila aku tegur baru dia alihkan kereta.

Kini, akau rasa satu ancaman pulak terhadap keselamatan aku....bilamana dia dah leh berlagak marah kat aku..walhal dia mengganggu kawasan jiran tetangga. Yang aku tak fahan dia  juga penduduk asal Kg Pandan...mak bapak dia masih tinggal  berdekatan kat situ malahan dia dibesarkan kat situ tetapi tidak boleh menghormati jiran tetangga....ini la kuasa duit rasanya...

2 Comments:

  1. Mohd Basiran bin Md Jamil said...
    Salam...yang sabar-sabar ya kak....itulah lumrah hidup namanya. Emangnya kita sering diuji justru itu kita berkeluh kesah, mudah-mudahan itu cuma dibibir yang tidak memberi kesan dihati. Memang kita punya hak bersuara, namun jika suara kita tidak diendahkannya laporkan saja pada pihak yang berwajib.
    Anonymous said...
    Panggil Karam Singh Walia. baru orang dengar. Nama pun Aduan Rakyat...

Post a Comment