Dah lama tak update blog disebabkan tiada kesempatan masa selepas balik dari China dan berada di sekolah baru ini....ditambah dengan keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan mood untuk menulis pun kurang...

Setelah berakhirnya sukan tahunan sekolah...harap-harap tiada lagi aktiviti yang sibuk di sekolah...Daripada persediaan menyediakan pakaian untuk perbarisan hinggakan persiapan khemah rumah sukan semuanya guru-guru yang siapkan.....satu minggu balik lewat hingga petang membuat persiapan.

Walaupun baru sebulan berada di sekolah baru....Alhamdullillah telah dapat laksanakan tugasan membangunkan bilik sumber PPDa.....biar la bilik tu kecil tapi puas hari dengan maklumat yang disediakan dapat memberi maklumat dan pendidikan terhadap penyalahgunaan dadah kepada semua warga SKDP. Namun tanpa sokongan dan kerjasama pentadbir,  guru-guru PPDa yang berdedikasi dan bermotivasi  tidak mungkin bilik itu dapat disempurnakan dengan cepat...Terima kasih kepada GB, GPK HEM (pn Rashidah Hanim) dan GPK1 yang memberi sokongan dalam proses penyediaan bahan dan yang penting kepada setiausaha PPDa Kak Zabidah, Azizah dan Juliana yang tak lokek masa dan tenaga untuk menjayakan projek ini.  Puas hati apabila ilmu yang ada dapat disebarkan kepada semua dalam program pencegahan dadah di sekolah untuk menjadikan sekolah bebas dadah. cuma yang belum siap ialah mural antidadah di sepanjang blok bangunan.

Minggu depan pulak persiapan ulangkaji untuk PKSR1 ....so akan banyak la latihan praujian untuk melatih murid menjawab soalan dan ulangkaji topik2 lepas.....Oleh itu tiada sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi memberi penekanan terhadap ujian yang bakal dihadapi murid-murid....

Begini la kesibukan dunia perguruan masa kini....walaupun pengumuman terhadap kenaikan pangkat guru...hanya gimik untuk segelintir guru yang terlibat...Kadang-kala tugas guru tidak hanya berhenti setakat di sekolah....malahan dibawa ke rumah hingga ke hujung minggu. Fenomena ini tiada kesudahan menjadikan bebanan guru semakin bertambah di samping mengejar gelaran sekolah cemerlang 'akademik'.Apapun beban yang dipikul itulah sebenar2nya tugas guru hari ini. /Lebih banyak memberi daripada menerima.....kerana kita adalah Guru Pembina Negara Bangsa. 

Dikesempatan ini  apa yang dapat dikata...Aku bangga menjadi guru...walaupun penuh onak dan diri, asam garam kehidupan yang dilalui dalam dunia pendidikan menjadikan kita lebih melihat kebajikan orang lain daripada diri sendiri.

SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang pernah menaburkan bakti dan jasa yang tidak dapat terbalas...terutamanya guru-guruku yang pernah mengajar aku sejak dari sekolah rendah antaranya:
Cikgu Hanim, Cikgu Yang, Cikgu Khatijah, Ustzh Shamsiah, dan Cikgu Shamugam
Sekolah Menengah: Pn. Lim. Mrs Yeow. Pn Nair, Mr Pooi, Pn Haliza, Pn Roslina, Pn Naimah, Pn Normadiah, Pn. Norizan, Pn Nyonya, Ustzh Normah, Ustzh Salbiah, Dr. Mariani, Ms Lam, Pn Moorty, Pn Normah, Pn Roaini dan Pn Zuraimah

Tidak lupa juga buat mentorku Alllahyarhamah Roselina Yusoff yang pernah menjadi pendorong aku untuk terus berjaya.

Jasa kalian sentiasa dalam ingatan dan menjadi panduan hidup tidak akan dilupa sepanjang hayat...moga hidup kalian sentiasa diberkati dan rahmati Allah selalu.

0 Comments:

Post a Comment