Walaupun tujuan kita menulis blog untuk catatan diri sendiri tanpa melibatkan orang lain tapi masih ada insan yang tak puas hati membuat serangan peribadi. Namun hakikat tetap tak leh ubah...tetapi mentaliti perlu diubah...
Dendam tidak akan mengubah hidup kita malah ibarat menghiris kulit walaupun sikit tetapi kesan akan berpanjangan dan mudarat dalam jangkamasa panjang. Berpegang kepada Yang Maha Esa dan Berkuasa (Allah s.w.t) sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmahnya. Hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui. Semoga aku terus diberi kekuatan dan menjadi seorang pemaaf.
Sekalung Terima kasih kepada barisan AJK PIBG sekolah aku yang berusaha mengadakan jamuan sempena hari guru di Hotel Nikko pada 22 Mei yang lalu. Aku mmg menghargai sumbangan mereka memberi penghargaan yang tidak ternilai kepada guru-guru. Semoga AJK PIBG ni terus aktif dan progresif untuk membantu sekolah meningkatkan prestasi. Syabas buat YDP PIBG , En. Rasdi, Pn Roslina, En. Razlan dan En. Said yang merupakan tunggak utama menjayakan majlis ini..Terima kasih daun keladi, tahun depan boleh anjurkan lagi...
18 Mei 2009 sekolah aku adakan sambutan hari guru peringkat sekolah... so bergaya sakan la guru2 kat sekolah pada hari tu. Murid-murid lak tak lupa untuk membawa hadiah kepada guru-guru kesukaan mereka. Walaupun penghargaan material yang diberikan pada hari tu, tapi pada pandangan aku, penghargaan buat aku, seorang guru adalah kejayaan anak didik, doa dan ingatan mulus (tulus ikhlas)daripada murid2nya.
Cerita bab doa ni terkenang kisah 14 tahun yang lalu...masa tu baru mula mengajar. So cikgu baru mmg dapat kelas hujung (murid yang malas, kurang motivasi, lambat membaca dan tak tau membaca)..dulu takde kelas pemulihan ..so cikgu kelas hujung akan jadi guru pemulihan. Ni mmg cabaran untuk guru baru. So alhamdullillah dalam 8 bulan , murid-murid tu dah leh berdikari...dah ada mentor sendiri dikalangan kawan2 mereka...rajin nak belajar dan sentiasa pastikan kelas bersih. Antara yang aku ingat, Ernie mmg bermotivasi..dia la yang selalu tlg kwn2.. pastu Herianto..malas sikit tapi bab menyapu kelas ni mmg rajin. Pada tahun yang sama, aku ambil exam STPM sekali lagi....aku selalu minta mereka doakan aku berjaya dalam exam tu. Masa nak dekat ngan exam tu...aku mengulangkaji kat dalam kelas selepas bagi kerja...Apa yang membanggakan aku mereka boleh buat kerja dengan sendiri dan mentor mereka akan membantu. Aku berjaya mendapat 5P walaupun belajar sendiri dengan skor 64 unit dan aku rasa berkat doa murid-murid aku. Walaupun mereka kurang pandai tapi hati mereka mulus dan jujur. Bagi mereka perhatian daripada guru amat bermakna bagi mereka.
So kita tinggalkan sejarah lama aku ...lihat sambutan hari guru kat sekolah aku...
Kesibukan kerja-kerja sekolah membuatkan aku lupa seketika ngan blog sendiri... kesempatan ini walaupun selepas 16 Mei ..Sambutan Hari Guru..aku rasa tidak terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 di Malaysia.. Peranan guru sebenarnya amat besar ertinya dalam kehidupan manusia...mungkin untuk orang yang sedar coz sekarang ni ..segelintir parents yang kurang untuk menhargai guru.. Terima kasih buat rakan2 guru dan kakakku yang menghantar SMS dan call untuk mengucapkan Hari Guru.
Bunyi sms seawal pukul 6 daripada sahabat lama, Rastina mengejutkan aku... Thanks Ras.. semoga ko akan sembuh.... ucapan pertama aku terima. Tak lupa kepada bekas murid juga yang masih mengingatiku.. especially Anis Hazirah .... moga berjaya mencapai cita2mu. Juga kepada Aishatul, Winie, Umi (anak murid) dan juga sms tak bernama...Terima kasih juga buat rakan2 yang bukan guru...Ijan, Rosli dan Ogy yang mengingati Hari Guru.
Yang penting TERIMA KASIH CIKGU kepada cikgu2 yang sentiasa dalam ingatan aku:
PN NORMADIAH.. guru yang tak lokek nasihat
PN ZAITUN. ....guru disiplin yang amat tegas.
PN NAIMAH......guru BM yang tegas dalam lembut
DR. MARIANI....guru Biologi dan skrg menjadi penyelia untuk projek paper aku
USTAZAH NORMAH (pensyarah IPPI skrg).....guru yang memberi galakan aku dalam
permainan hoki.
PN NYONYA........ guru Sains yang sentiasa memberi motivasi
PN HALIZA........ guru akaun yang mudah faham pengajarannya
MRS LEE.......guru Maths yang tegas
MRS YEOW...... guru Maths dan guru rumah biru yang memahami minat aku
PN NAIR.......guru Geografi yang peka perubahan pelajarnya.
PN NORIZAN.....guru BM yang tegas dan tetap pendirian
MR POOI ......guru Sains semasa Tgkt 1 n 2 .
PN ROAINI....guru kelas tkgt 6 yang menggalakkan pelajarnya terus belajar
Ustazah Samsiah,Cikgu Hanim, Pn Shanmugam....guru-guru di sekolah rendah.
Terima kasih atas jasa dan bakti kalian. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Doa dan harapan aku, moga hidup kalian sentiasa dirahmati dan diberkati Tuhan.
Walaupun sekarang bosan tahap gaban tapi live must go on...bak kata pepatah Indon 'Khalifah lalu anjing mengonggong (menyalak)... tu kata Maid aku...Biarkan Si luncai terjun ngan labu2nya....biarkan..biarkan....Iyekan aje...tak rugi ape.....
Tapi tak semestinya bosan akan hilang mood...teringat pesanan pakar motivasi ...kalau kita bosan ..ubah situasi diri jadi positif..hanya kita je yang leh mengatasinya..So aku cuba ceriakan hidup aku ngan gi Perpustakaan Negara(PNM)..nak pinjam novel..walaupun baru beli 2 novel pada hari Ahad lalu di pesta buku. ...dan baru aku teringat buku tak pulang lagi yang aku pinjam sejak Disember lalu...Dah tentu denda berpuluh ringgit untuk 3 buah buku tu...tetapi nasib aku bertuah hari ini kerana PNM adakan kempen MINGGU PULANG BUKU BEBAS DENDA....bebas la aku daripada membayar denda lewat pulangkan... Alhamdulillah.. kalau tidak terbang duit RM36 bayar denda lewat hantar. Menarik juga kempen yang PNM adakan ..kalau tak krn ada hal petang tadi pasti aku akan duduk lebih lama kat PNM tu...hilang gak tension aku..
Tiada apa yang nak diceritakan cuma nak berkongsi bahan bacaan daripada buku Penghantar Psikologi : Satu Pengenalan Kepada Jiwa dan Tingkah laku Manusia. Buku ini sesuai dibaca oleh pendidik dalam mengenali perubahan dan tingkah laku manusia kerana kita sering bertemu dan berurusan dengan pelbagai golongan manusia yang mempunyai personaliti yang berbeza. Jom kita kongsi bersama .
Personaliti bermaksud corak pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang stabil yang boleh digunakan untuk membezakan seseorg individu dengan individu yang lain. Kecelaruan personaliti ini berlaku apabila trait2 personaliti bertukar menjadi tidak stabil , tidak fleksibel dan salah diadaptasi dan akhirnya individu akan menghadapi tekanan jiwa dan seterusnya menyebabkan masalah fungsian sosial, peribadi dan kerja.
Kecelaruan personaliti ini boleh dibahagikan kepada 4 sub-kelas iaitu :
Pertama:Ciri-ciri Personaliti Pradominan: Ganjil dan Esentrik
1.Kecelaruan Paranoid - ind. memaparkan tingkah laku ganjil spt mengesyaki org lain, tidak mempercayai org , sensitif dan selalu menyalahkan org lain.
2. Kecelaruan personaliti skidzoid - ketidakpusan hati dlm membentuk hbgan emosi yg baik ngan org lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih yg tidak ramai.
3. Kecelaruan Personaliti Skizotipal - menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial, tidak byk mengadakan hbgan peribadi yg bermakna , mengelak diri drp berinteraksi , egosentrik, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .
Banyak punca terjadinya kecelaruan personaliti ini , antaranya :
1. faktor biologikal- genetik, ketidakseimbangan hormon dan pemakanan.
2. Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai.
3. Faktor Psikososial - kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalaman2 ini menyebabkan satu trauma psikologikal yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula.
Faktor kedua hingga keempat kita akan sambung kemudian.
Syukur la dah selesai sukan tahunan sekolah aku.Aku jadi rimas selama lebih 3 minggu ni pnp tidak berjalan ngan sempurna. Banyak kerja GPM aku tertangguh dan moga esok berjalan spt biasa. Kalau difikirkan mmg frust ngan situasi sekolah spt lebih mementingkan sukan. Berdasarkan pengalaman di sekolah lama dulu, pnp mmg diutamakan, so bdk2 ni kurang terlibat ngan akt sukan masa persekolahan. Semuanya dibuat slps waktu persekolahan. Kalau tak, bising la GPK aku tu.
Bab cerita sukan pula, aku dan beberapa orang cikgu rumah merah (Soffi, Win, dan Fiza) mengendalikan persembahan kawad kaki . Walaupun kalah tapi masih leh berbangga dengan komitmen bdk2 rumah merah tu. Kesungguhan dan disiplin membolehkan mereka melakukan terbaik walaupun hanya berlatih selama 3 hari je.
Cakap sal disiplin ini teringat teori perkembangan Umar Al Khattab umur 1 hingga 6 tahap kanak-kanak bermain/keseronokan, umur 7 hingga 13 tahun tahap kanak-kanak meningkatkan disiplin diri dan umur selepas 13 tahun jadikan anak-anak sebagai kawan. So bayangkan kalau kanak-kanak di sekolah rendah boleh mengikuti disiplin dan pemantapan jati diri yang baik maka boleh mengurangkan gejala sosial semasa mereka remaja..
Lihatlah gambar bdk2 umah merah dalam kawad perbarisan.


