Malam ni aku dah tak tahan sabar dengan jiran yang buat bisnes kereta tu. Sekarang ini setiap inci kawasan di hadapan rumahnya, kawasan bertentangan dengannya dan kawasan berhadapan rumah aku telah menjadi miliknya sehinggakan kereta diparking sewenang-wenangnya di hadapan rumah orang (bukan rumah aku). Semenjak aku cuti ni, setiap hari aku akan mengarahkan pelanggannya supaya tidak parking di kawasan hadapan rumah aku. Macam dah jadi kerja baru sebagai 'jaga' atau parking attenden lak... .kerana jikalau teguran itu dari mak atau maid aku, diorang akan buat tak tau sahaja (buat kering je). Kalau aku tak tegur, pelanggan tu terus parking kat situ...sapa yang tak sakit hati...
Setiap hari aku akan melihat ramai orang yang tidak dikenali termasuk la negro (Mat Hitam) datang ke rumahnya dan kekadang bersidai di tepi jalan....Keadaan ini menjadikan aku rasa tidak selamat dan tidak tenteram....dan kawasan menjadi sesak dengan kereta pelanggannya dan kereta di jalanan.
Situasi ini menyebabkan aku dah tak tahan...mentang2 la aku perempuan mmg dia buat dek je..Tu lum kira gejala sosial yang berlaku di situ...aku malas nak mengadu kalau dia jenis menghormati jiran...tapi semakin hari semakin dia bermaharajalela...kawasan orang dah jadi kawasan dia...rasanya sebab dia rasa dia banyak duit....MPAJ telah datang banyak kali tetapi tiada tindakan dibuat....sebelum dia berakar umbi, aku rasa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kerana kawasan aku tu adalah kawasan perumahan bukan perniagaan.
Malam ni aku punya la marah apabila aku balik rumah, ternampak kereta dia parking berdekatan dengan pagar aku...pas tu kon yang aku letak dah dialihkan. Bila aku marah, dia boleh marah aku balik kerana tak cakap baik2....dia kata dia baru parking 5 minit...dia kata 'cakap la alihkan kereta, nanti dia alihkan la' pastu dia jawab dia ingatkan aku dah tido...waktu tu jam baru kul 10.00... Boleh bayangkan la bila dia dah kuasai semua tempat di kawasa tu pada masa hadapan....
Hari sebelumnya lak, bila ada kereta dia yang parking kat kawasan aku, bila aku tanya..diaorang leh cakap tak tau...mana la tak sakit jiwa....Aku rasa prinsip diorang buat kering je..bila aku tegur baru dia alihkan kereta.
Kini, akau rasa satu ancaman pulak terhadap keselamatan aku....bilamana dia dah leh berlagak marah kat aku..walhal dia mengganggu kawasan jiran tetangga. Yang aku tak fahan dia juga penduduk asal Kg Pandan...mak bapak dia masih tinggal berdekatan kat situ malahan dia dibesarkan kat situ tetapi tidak boleh menghormati jiran tetangga....ini la kuasa duit rasanya...
Alhamdullillah urusan rumah sewa dah settle....kalau tak... tak masuk 2 bulan ni. Walaupun kereta tak masuk bengkel lagi...sabar je la..lambat gak Toyota ni..so sekarang ni tumpuan untuk SPADA yang akan tamat tak lama lagi..tunggu praktikum je lagi..
Majlis Pernikahan dan Persandingan Anak Saudara
0 comments Posted by yatisamad at Sunday, January 03, 201017 Disember 2009 adalah hari pernikahan anak kakak di Pokok Sena....Aku terpaksa bertolak pagi Jumaat dari K.Lumpur kerana kesibukan dengan kelas di USIM....namun tanpa diduga keretaku dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Perdana dari arah belakang di traffic light. di Alor Star dalam perjalanan menghantar anak saudara, aku, Fahkri nikah di Masjid Zahir...Aduh...tak tau nak kata apa...apb tgk bahagian belakang kereta aku......
Kesian dan simpati apabila isu tunggakan RM57 murid di sekolah SK Tarcisian Convent, Perak diperbesarkan dalam akhbar. Mungkin RM57 adalah perkara kecil atau besar bagi sesetengah orang tapi apabila RM57 dibahagi 10 bulan atau 12 bulan, nilainya menjadi lebih kecil. Ini bermakna ibu bapa atau murid tersebut perlu membayar lebih kurang RM5.70 sebulan...Makan tengah hari pun kekadang melebihi nilai tersebut.. Tunggakan itu menyebabkan murid tersebut tidak mendapat slip keputusan UPSR.
Tunggakan menyebabkan seseorang murid tidak mendapat slip keputusan amat disokong kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada murid-murid yang tidak berkemampuan. Ibu bapa tidak perihatin dan sering menyalahkan pihak sekolah menyebabkan perkara sebegini terjadi.. Kekadang bantuan yang diberi kepada murid telah disalahgunakan oleh ibu bapa untuk keperluan lain bukannya untuk murid tersebut. Ada bapa yang sanggup tidak mengistiharkan isteri bekerja untuk menunjukkan pendapatan yang rendah agar mendapat bantuan. Malahan untuk bantuan pelajar miskin bila disuruh ibu/bapa datang ke sekolah untuk mengambil wang didapati memiliki handfon dan bergelang emas.... persoalannya mampukah ibu bapa yang miskin memiliki handfon atau memakai barang kemas...? Mengapa kemudahan itu digunakan untuk keperluan anak-anak mereka yang bersekolah.
Harap isu-isu lapuk sebegini jangan la diperbesarkan untuk mencari publisiti murahan...jangan menyalahkan pihak sekolah yang telah banyak memberi perkhidmatan dan pendidikan kepada murid-murid demi kecemerlangan murid-murid....keadaan seperti ini seperti meludah ke langit balik ke muka sendiri..Peranan dan pengorbanan serta kerjasama ibu bapa penting dalam merealisasikan kecemerlangan anak-anak.
Salam Aidiladha buat semua kawan di SKTHO, SPADA, USIM dan UM.
Sebenarnya banyak cerita yang nak update dalam blog, namun akibat kesibukan belajar banyak entri yang tak update.
Pagi ni aku menziarahi kubur arwah atok dan nenek di Jalan Ampang....Apa yang menarik dalam perjalanan ke kubur arwah atok, aku mendengar perbualan 2 orang kanak-kanak (antara kakak umur 6 tahun dengan adiknya 5 tahun). Kakaknya bagitau kat adik bahawa kita juga akan dimasukkan dalam kubur apabila mati nanti...dan adiknya kata dia tak nak dimasukkan dalam kubur...dan kakaknya jawab bukan sekrang tapi bila kita mati tapi tak tau lagi.....
Moralnya aku bangga anak sekecil itu tau tentang kematian dan bapanya telah mendidik mereka sejak kecil menziarah kubur tanpa rasa takut kerana kematian akan berlaku kepada setiap orang.



