Rasanya dah lama tak enjoy dapat berkumpul dengan kawan2 lama...kat dusun durian lak..Makan durian fresh ni tak sama ngan durian beli kat kedai... dusun tu lak berdekatan bandar Shah Alam dan di atas bukit lagi.... nampak pemandangan UiTM baru dan highway....

Kami gi pada Jumaat lepas, 16 Okt. Aku dan Noriah bawa bekas guru disiplin kami masa di CPR ...Pn. Zaitun Daud. Nora dan Aini pula satu kereta. Makanan disponsor oleh Aini... Kira ok la kiew tiau yang digoreng oleh surirumah. So kami makan2 sambil menikmati pemandangan indah kerana dusun tu atas bukit. Balik ke KL kami singgap kat Subang beli pokok orkid..kira hobi baru la.
Dulu masa di sekolah...kalau kami nampak je muka Pn. Zaitun mmg patah balik la....apatah lagi dengar suara.....Pernah sekali dia berleter nak dekat satu jam sebab dapat aduan daripada pengawas yang tidak disukai...pasal nak buat 'breakdance'. Masa tu Form 2 kot....apa lagi siap kena ugut la dengan Pn Zaitun tu...Tapi sekarang dah berubah..aku mmg jadi kawannya dalam persatuan Alumni MPPMKL dan hari tu saja ajak Pn Zaitun coz dia mmg tak buat apa2 pun di rumah skrg...dan mmg dia nampak enjoy dapat sertai kami.
Lepas ni dalam usaha untuk mengunjungi beberapa rumah guru CPR seperti Pn. Nyonya, Ustzah Salbiah, Pn. Normahdiah dan Pn.Naimah.




0 Comments:

Post a Comment